More

    Sony umumkan LinkBuds Fit, Open dan Speaker yang akan tiba di Malaysia kelak

    Hari ini, Sony menambah tiga produk audio baharu dalam barisan LinkBuds dengan LinkBuds Fit, LinkBuds Open dan LinkBuds Speaker. Buat masa ini, tiada harga rasmi diumumkan lagi tetapi ia akan datang ke Malaysia pada masa hadapan.

    Direka bentuk untuk gaya hidup aktif, LinkBuds Fit menggunakan teknologi Fitting Supporters dan hadir dengan pembatalan hingar serta Mod Bunyi Ambien Auto. Ia tersedia dalam pilihan warna seperti hitam, putih, hijau dan ungu (istimewa dengan Olivia Rodrigo). Tambahan, LinkBuds Fit menampilkan Dynamic Driver X, Wayarles Audio Resolusi Tinggi dan DSEE Extreme. Baterinya boleh bertahan sehingga 21 jam dan mempunyai penarafan kalis air IPX4.

    LinkBuds Open pula ialah fon telinga wayarles dengan reka bentuk cincin terbuka yang boleh dipakai dengan Fitting Supporters untuk keselesaan pemakaian sepanjang hari. Tersedia dalam warna hitam, putih dan ungu, fon telinga ini dilengkapi unit pemacu 11mm Pemproses Bersepadu Sony V2 yang menghasilkan frekuensi pertengahan dan tinggi yang jelas serta menyokong teknologi DSEE. Baterinya boleh bertahan sehingga 22 jam dan mempunyai penarafan IPX4.

    Yang terakhir adalah LinkBuds Speaker yang boleh dipasangkan dengan fon telinga LinkBuds. Ia boleh digunakan sebagai pembesar suara wayarles untuk panggilan telefon atau memainkan muzik semasa dalam perjalanan dan hadir dengan penarafan kalis air IPX4. Bateri boleh bertahan sehingga 25 jam dan ia tersedia dalam warna kelabu muda serta hitam.

    LinkBuds Fit dan LinkBuds Open akan tersedia untuk tempahan di Malaysia mulai 1 November 2024 manakala LinkBuds Speaker akan tersedia pada Januari 2025. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan produk terbaharu daripada Sony dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Google ubah had Gemini bermula 9 Oktober ini, pengguna percuma kena ambil tahu

    Google mengumumkan pelarasan baharu terhadap ketersediaan model dan had penggunaan untuk aplikasi Gemini menerusi akaun peribadi. Perubahan berkuat kuasa secara rasmi bermula...

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured