More

    Sony undur diri daripada industri TV, TCL ambil alih Bravia

    Sony bersetuju untuk memisahkan perniagaan hiburan rumahnya termasuk jenama televisyen Bravia ke dalam satu syarikat usahasama bersama gergasi elektronik China, TCL. Dalam perjanjian ini, TCL akan memegang kepentingan kawalan sebanyak 51 peratus manakala Sony mengekalkan baki 49 peratus.

    Usahasama tersebut dijangka memulakan operasi pada April 2027 dan akan mengendalikan keseluruhan rantaian perniagaan yang merangkumi penyelidikan dan pembangunan (R&D), reka bentuk, pembuatan global, logistik serta perkhidmatan pelanggan. Walaupun struktur pemilikan berubah, produk yang dihasilkan kelak masih akan menggunakan jenama Sony dan Bravia.

    Langkah ini bertujuan mengekalkan kepercayaan pengguna serta reputasi kualiti imej premium yang telah dibina Sony selama beberapa dekad. Perkembangan ini menandakan pengunduran berperingkat Sony daripada perniagaan perkakasan berkeuntungan rendah.

    Sebelum ini, Sony telah melepaskan perniagaan PC dan pemain media selari dengan strategi untuk menumpukan sumber kepada kandungan hiburan bernilai tinggi seperti filem, permainan video dan anime. Bagi TCL, usahasama ini memberi akses langsung kepada kepakaran pemprosesan imej Sony, kekuatan jenama global serta rangkaian saluran pasaran antarabangsa.

    Ia dijangka mempercepatkan kemasukan TCL ke segmen televisyen premium. Di bawah kawalan operasi TCL, aspek seperti harga, teknologi paparan dan pembuatan akan ditentukan oleh syarikat tersebut. Ini berpotensi membuka ruang kepada model Bravia yang lebih mampu milik tanpa tanda harga tinggi yang lazim dikaitkan dengan produk Sony.

    Namun, ia juga menandakan berakhirnya satu era apabila Bravia yang selama ini menjadi simbol dominasi Jepun dalam industri TV kini tidak lagi berada di bawah kawalan harian Sony. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Sony

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured