More

    Sony WF-1000XM4 dan Walkman NW-A105 edisi terhad Kingdom Hearts dilancar, bermula ~RM1,155

    Untuk meraikan ulang tahun Kingdom Hearts yang ke-20, Sony telah melancarkan edisi terhad bagi fon telinga wayarles dan peranti Walkmannya. Sony WF-1000XM4 dan Walkman NW-A105 telah membawa perubahan kemasan yang berinspirasikan RPG tetapi ia mungkin hanya tersedia di Jepun.

    Kedua-dua peranti edisi terhad Sony WF-1000XM4 dan Walkman NW-A105 Kingdom Hearts 20th Anniversary hadir dalam warna Hitam. Fon telinga WF-1000XM4 mempunyai simbol emas yang berbeza pada setiap sisi manakala sarung pengecasnya membawa visual seperti papan catur. 

    Sementara itu, peranti Walkman turut menampilkan reka bentuk seperti papan catur pada panel belakangnya bersama logo ulang tahun ke-20. Ia dilengkapi dengan kulit eksklusif Kingdom Hearts untuk UI Android.

    Tambahan lagi, pelanggan yang membeli peranti edisi terhad akan mendapat akses kepada lagu tema Kingdom Hearts ‘Hikari’. Harga bagi Sony WF-1000XM4 adalah Yen 34,000 (~RM1,155) dan Walkman NW-A105 dengan storan 16GB berharga Yen 36,000 (~RM1,223).

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

    Sumber: Gizmochina

     

    Artikel Terkini

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Anker perluas kehadiran di Malaysia dengan kedai ketiga dan pameran produk baharu

    Anker menganjurkan Anker Experience Week di Sunway Pyramid dari 13 hingga 18 Oktober 2026 bagi memperkenalkan hala tuju jenama “Ultimate, Unified” di...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...