More

    Sony WF-1000XM5 dilancar di Malaysia, tawarkan ANC terbaik berharga RM1,299

    Seperti yang dijangkakan, Sony telah melancarkan fon telinga WF-1000XM5 ANC secara rasmi di Malaysia. Menurut Sony, fon telinga ini mendapat teknologi terkini dalam pembatalan hingar dan ia mempunyai tiga mikrofon pada setiap fon telinga termasuk mikrofon respon dwi ​​yang meningkatkan prestasi pembatalan frekuensi rendah.

    Fon telinga ini juga mempunyai Integrated Processor V2 baharu daripada Sony. Cip tersebut mengawal mikrofon pada kedua-dua telinga untuk memberikan kualiti pembatalan hingar terbaik yang boleh menyesuaikan diri dalam persekitaran yang berubah-ubah.

    Frekuensi yang lebih rendah dihasilkan semula dengan lebih baik daripada pada WF-1000XM4 dengan Pemacu Dinamik X baharu yang membolehkan liputan frekuensi yang luas dan vokal yang jelas. WF-1000XM5 menyokong Wayarles Audio Resolusi Tinggi melalui codec LDAC serta DSEE Extreme dalam masa nyata. 

    Selain itu, anda juga mendapat Audio Realiti 360 lengkap dengan penjejakan kepala. Sony menjanjikan kualiti panggilan terbaik kerana terdapat algoritma pengurangan hingar berasaskan AI berdasarkan pemprosesan Rangkaian Neural Dalam (DNN) dan sensor pengaliran tulang. 

    WF-1000XM5 adalah 25% lebih kecil dan 20% lebih ringan daripada WF-1000XM4 dan ia direka bentuk dengan mengutamakan keselesaan. Ianya berkeupayaan untuk menyambung ke dua peranti Bluetooth secara serentak. WF-1000XM5 mempunyai hayat bateri selama 8 jam dengan pengecasan 3 minit menambah satu jam masa bermain. 

    Pengecasan wayarles disokong dan fon telinga ini adalah kalis percikan IPX4. Di Malaysia, ia akan dijual pada harga RM1,299 dalam warna hitam dan perak. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...