More

    Sony WH-1000XM6 akan dilancar pada 15 Mei 2025, kembalikan rekaan boleh lipat

    Sony bakal melancarkan fon kepala wayarles premium terbaru untuk tahun ini iaitu Sony WH-1000XM6 pada hari Khamis, 15 Mei 2025. Tarikh ini adalah dua hari selepas pelancaran telefon pintar Sony Xperia 1 VII.

    Seperti model tahun-tahun sebelumnya, Sony WH-1000XM6 dijangka akan dilengkapi fungsi audio yang canggih serta pembatalan hingar aktif (ANC) yang bermutu tinggi. Ia dikhabarkan bakal dilengkapi pemproses QN3 HD Noise Cancelling yang tujuh kali ganda lebih pantas berbanding cip QN1 pada WH-1000XM5 yang dilancar pada 2022.

    Ia turut dikhabarkan mempunyai pemacu dinamik 30mm dan 12 mikrofon yang dilengkapi Multi Noise Sensor dengan penambahbaikan AI. Antara fungsi yang dikekalkan pada WH-1000XM6 termasuklah Adaptive Sound Control, Quick Attention, Background Music, Wind Noise Rediction dan Speak to Chat.

    Satu perkara yang menarik adalah ia bakal mempunyai rekaan boleh lipat seperti WH-1000XM4 yang dilancar pada 2020, bagi memudahkan pengguna memasukkannya ke dalam beg. Generasi sebelum ini, WH-1000XM5, tidak boleh dilipat dan telah mendapat kritikan daripada ramai pengguna.

    Ia akan mengekalkan sokongan audio Hi-Res Audio, LDAC, DSEE Extreme, 360 Reality Audio dan fungsi penjejakan kepala. Untuk pilihan warna, ia akan ditawarkan dalam warna hitam, putih dan biru.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan fon kepala ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: The Walkman Blog

     

    Artikel Terkini

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Anker perluas kehadiran di Malaysia dengan kedai ketiga dan pameran produk baharu

    Anker menganjurkan Anker Experience Week di Sunway Pyramid dari 13 hingga 18 Oktober 2026 bagi memperkenalkan hala tuju jenama “Ultimate, Unified” di...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...