More

    SONY WH-1000XM6 dilancar di Malaysia dengan ANC lebih pintar, berharga RM2,099

    Sony memperkenalkan fon kepala tanpa wayar terbaharu dengan WH-1000XM6 sebagai lanjutan kepada siri 1000X yang terkenal. WH-1000XM6 tampil dengan teknologi pembatal hingar paling canggih setakat ini dan mutu audio premium hasil kerjasama bersama jurutera mastering bertaraf dunia.

    Ia dikuasakan oleh cip HD Noise Cancelling Processor QN3 yang tujuh kali lebih pantas daripada generasi sebelumnya dan menggunakan 12 mikrofon adaptif untuk menyekat hingar secara masa nyata. Fon kepala ini juga dilengkapi algoritma AI dan ciri Adaptive NC Optimiser yang boleh melaras bunyi mengikut lokasi, tekanan udara dan persekitaran pengguna.

    Daripada segi kualiti bunyi, Sony berkolaborasi dengan jurutera terkenal seperti Randy Merrill (Taylor Swift, Adele) dan Mike Piacentini (Bob Dylan, Depeche Mode) bagi menghasilkan bunyi bertaraf studio. Ia menyokong format audio resolusi tinggi, LDAC dan teknologi DSEE Extreme™ untuk menaik taraf audio termampat secara automatik.

    Ciri lain termasuk panggilan suara ultra jelas, sokongan untuk 360 Reality Audio Upmix bagi pengalaman pawagam, Scene-based Listening yang menyesuaikan tetapan secara automatik dan sambungan pintar ke Spotify, Apple Music serta YouTube Music. Reka bentuknya juga diberi perhatian dengan pad telinga lebih selesa dan struktur boleh lipat yang kukuh.

    Fon kepala ini hadir dalam tiga warna iaitu Hitam, Platinum Silver dan Midnight Blue. WH-1000XM6 kini dibuka untuk tempahan pada harga RM2,099 dengan promosi termasuk tapak fon kepala premium bernilai RM199 dan kredit Touch ‘n Go RM50 untuk pendaftaran waranti melalui MySony. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi Sony di sini.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...