More

    SONY WH-1000XM6 dilancar di Malaysia dengan ANC lebih pintar, berharga RM2,099

    Sony memperkenalkan fon kepala tanpa wayar terbaharu dengan WH-1000XM6 sebagai lanjutan kepada siri 1000X yang terkenal. WH-1000XM6 tampil dengan teknologi pembatal hingar paling canggih setakat ini dan mutu audio premium hasil kerjasama bersama jurutera mastering bertaraf dunia.

    Ia dikuasakan oleh cip HD Noise Cancelling Processor QN3 yang tujuh kali lebih pantas daripada generasi sebelumnya dan menggunakan 12 mikrofon adaptif untuk menyekat hingar secara masa nyata. Fon kepala ini juga dilengkapi algoritma AI dan ciri Adaptive NC Optimiser yang boleh melaras bunyi mengikut lokasi, tekanan udara dan persekitaran pengguna.

    Daripada segi kualiti bunyi, Sony berkolaborasi dengan jurutera terkenal seperti Randy Merrill (Taylor Swift, Adele) dan Mike Piacentini (Bob Dylan, Depeche Mode) bagi menghasilkan bunyi bertaraf studio. Ia menyokong format audio resolusi tinggi, LDAC dan teknologi DSEE Extremeâ„¢ untuk menaik taraf audio termampat secara automatik.

    Ciri lain termasuk panggilan suara ultra jelas, sokongan untuk 360 Reality Audio Upmix bagi pengalaman pawagam, Scene-based Listening yang menyesuaikan tetapan secara automatik dan sambungan pintar ke Spotify, Apple Music serta YouTube Music. Reka bentuknya juga diberi perhatian dengan pad telinga lebih selesa dan struktur boleh lipat yang kukuh.

    Fon kepala ini hadir dalam tiga warna iaitu Hitam, Platinum Silver dan Midnight Blue. WH-1000XM6 kini dibuka untuk tempahan pada harga RM2,099 dengan promosi termasuk tapak fon kepala premium bernilai RM199 dan kredit Touch ‘n Go RM50 untuk pendaftaran waranti melalui MySony. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi Sony di sini.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Google ubah had Gemini bermula 9 Oktober ini, pengguna percuma kena ambil tahu

    Google mengumumkan pelarasan baharu terhadap ketersediaan model dan had penggunaan untuk aplikasi Gemini menerusi akaun peribadi. Perubahan berkuat kuasa secara rasmi bermula...

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured