More

    Sony WH-CH720N dan WH-H520 dilancar di Malaysia, miliki ANC dan bateri 50 jam

    Sony telah mengumumkan dua pasang fon kepala mampu milik iaitu WH-CH720N pembatalan hingar aktif (ANC) over-ear dan WH-CH520 on-ears. WH-CH720N memiliki Pemproses Bersepadu Sony V1. Cip V1 membantu CH720N memproses pembatalan hingar dengan cepat.

    Seterusnya, terdapat teknologi Dual Noise Sensor menggunakan dua mikrofon dalam setiap fon telinga untuk menangkap bunyi ambien dan menyekatnya. Tahap pembatalan hingar ambien ini boleh dilaraskan dalam aplikasi Sony Headphones Connect dengan 20 tahap ANC yang berbeza untuk diubah suai mengikut kesesuaian.

    Mikrofon juga mempunyai pembatalan hingar dengan kualiti dikawal oleh ciri struktur pengurangan bunyi angin baharu yang dibina di sekelilingnya. Ia memastikan perbualan dan muzik bersih daripada gangguan. CH720N mempunyai berat 192g dan mendapat 35 jam main balik ANC dengan pengecasan pantas tiga minit memberikan anda satu jam main balik.

    CH720N tersedia dalam pilihan hitam, biru atau putih. Namun, jika anda tidak memerlukan ANC, terdapat pilihan fon kepala wayarles WH-CH520 membawa hayat bateri selama 50 jam. Tersedia dalam pilihan kuning air, hitam, biru dan putih, WH-CH520 mempunyai berat 147g, kusyen telinga yang lebih besar dan menyokong pengecasan pantas tiga minit membekalkan 1.5 jam main balik.

    CH720N dan CH520 juga mempunyai ciri Sony Enjin Peningkatan Bunyi Digital (DSEE) untuk peningkatan muzik dan akan tersedia untuk pembelian di Malaysia mulai 1 Mac 2023. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan WH-CH720N dan WH-CH520 serta teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    BYD SEALION 7 varian Dynamic rasmi di Malaysia dengan harga bermula RM159,800

    BYD Sime Motors melancarkan model SUV elektrik BYD SEALION 7 (2026) untuk pasaran Malaysia dengan memperkenalkan varian baharu Dynamic selain menaik taraf...

    Gemini Spark dilancar di Malaysia — Agen AI 24 jam dikuasakan Gemini 3.6 Flash

    Google melancarkan Gemini Spark di Malaysia iaitu sebuah agen AI latar belakang yang berfungsi secara berterusan 24 jam sehari untuk menguruskan tugasan...

    F1 kembali ke Malaysia! Sepang dipilih ganti perlumbaan Bahrain yang dibatalkan

    Litar Antarabangsa Sepang disahkan bakal menjadi tuan rumah perlumbaan Formula 1 pada 4 Oktober ini bagi menggantikan perlumbaan Grand Prix Bahrain yang...

    WhatsApp Web kini lengkap dengan panggilan suara, video dan “call transfer”

    WhatsApp secara rasmi memperkenalkan sokongan panggilan suara dan video terus pada perkhidmatan WhatsApp Web. Pengguna kini boleh membuat serta menerima panggilan secara...

    Philips cipta rekod Malaysia, gosok 49 kemeja sekolah dalam masa sejam

    Philips Domestic Appliances Malaysia melakar sejarah baharu menerusi pengiktirafan Malaysia Book of Records bagi kategori "Kemeja Sekolah Terbanyak Berjaya Digosok dalam Tempoh...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured