More

    Sony Xperia 1 V diumum dengan SD 8 Gen 2, kamera Exmor T 52MP dan paparan 4K OLED berharga ~RM7,300

    Sony telah mengumumkan telefon pintar andalannya untuk tahun 2023 iaitu Xperia 1 V. Ia hadir lengkap dengan sensor imej CMOS baharu yang menerajui gabungan tiga kameranya serta tersedia dalam tiga warna iaitu hitam, perak dan hijau. Menariknya, Sony masih mengekalkan spesifikasi bicu audio 3.5mm dan butang kamera.

    Xperia 1 V dilengkapi cipset Snapdragon 8 Gen 2 dengan RAM 12GB dan storan 256GB yang boleh dikembangkan melalui mikroSD. Bahagian hadapan dan belakang Xperia 1 V dilindungi oleh Gorilla Glass Victus 2. Peranti ini mempunyai skrin OLED 21:9 6.5 inci dengan resolusi HDR 4K dan segar semula 120Hz.

    Seterusnya, terdapat tiga kamera pada bahagian belakang iaitu kamera utamanya menggunakan sensor Exmor T 52MP 1/1.35 inci, kamera zum 12MP antara 85mm sehingga 125mm serta ultra lebar 12MP. Sony memindahkan beberapa ciri Alpha ke Xperia 1 V seperti mod Vlog.

    Untuk bahagian audio, Sony Xperia 1 V membawakan pembesar suara stereo yang dipertingkatkan dengan lebih kuat dan bass yang lebih padu. Sony Xperia 1 V dikuasakan oleh bateri 5,000mAh yang menyokong pengecasan berwayar 30W.

    Telefon ini juga dilengkapi dengan pengecasan wayarles dan wayarles terbalik dan Sony berjanji ia akan mengekalkan sekurang-kurangnya 80% daripada kapasiti baterinya selepas tiga tahun digunakan. Xperia 1 V berharga £1,299 (~RM7,300) dan kita perlu menunggu kenyataan rasmi daripada Sony Malaysia tentang keterseediaannya dalam pasaran tempatan.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured