More

    Sony Xperia 1 V mungkin dilancar tampilkan cipset Snapdragon 8 Gen 2

    Sony Xperia 1 V mungkin akan dirasmikan di Mobile World Congress (MWC) di Barcelona pada akhir bulan ini. Sekiranya ia benar dilancarkan, maka ini mungkin butiran yang akan dibawa oleh peranti tersebut.

    Jika dibandingkan dengan Xperia 1 IV, ia tidak membawa kamera ToF (Time-of-Flight) dan sensor IR RGB. Hanya terdapat tiga sensor besar di mana sensor bawah adalah kamera periskop dan flash LED di atasnya. Anda boleh melihat logo NFC di sebelah kanan pulau kamera yang menunjukkan unit ini merupakan versi global Xperia 1 V. 

    Menurut pendedahan di Weibo, Xperia 1 V akan menggunakan cipset Snapdragon 8 Gen 2 Qualcomm. Ia juga akan menjadi telefon pintar paling nipis untuk menggunakan cipset itu. Seperti biasa, Sony dijangka mempunyai beberapa jenis penyelesaian penyejukan.

    Sekiranya Xperia 1 V diumumkan di MWC, maka akan terdapat lebih banyak maklumat yang akan didedahkan dalam masa beberapa hari lagi. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

    Sumber: GSMArena

     

    Artikel Terkini

    BYD One Charge Challenge: 509KM tanpa cas, baki purata bateri masih 21%

    BYD Sime Motors mengumumkan kejayaan penganjuran One Charge Challenge yang melibatkan perjalanan pergi balik sejauh 509km antara Kuala Lumpur dan Gambang, Kuantan...

    Samsung pamer skrin masa depan untuk robot, kereta swapandu dan peranti AI

    Samsung Display baru-baru ini telah memperkenalkan beberapa inovasi paparan OLED terbaharu dalam acara IMID 2026. Acara itu menyaksikan penampilan julung kali teknologi...

    Redmi Watch 6 Active tiba dengan skrin AMOLED 1.85″ dan bateri tahan 18 hari...

    Terbaharu, Redmi Watch 6 Active dilancarkan di pasaran China dengan fokus kepada kelengkapan skrin jenis AMOLED, ketahanan bateri dan fungsi pemantauan kesihatan....

    HUAWEI cuba reka bentuk baharu? Pura X View dilancar dengan nisbah skrin 16:9.5

    HUAWEI melancarkan Pura X View di China sebagai telefon pintar rekaan paparan lebar pertama jenis standard tanpa skrin boleh lipat. Ia menjadi...

    Samsung Galaxy S26 FE makin hampir, Samsung umum acara pelancaran 27 Ogos ini

    Samsung Electronics mengumumkan penganjuran acara Galaxy Event August 2026 secara rasmi pada 27 Ogos 2026 jam 8 malam waktu Malaysia. Acara maya...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured