More

    Sony Xperia 1 VII akan dilancar pada 13 Mei 2025, mungkin ada 3 warna

    Sony bakal melancarkan telefon pintar andalan (flagship) terbaru untuk tahun ini, Sony Xperia 1 VII, pada hari Selasa, 13 Mei 2025. Pelancaran tersebut akan disiarkan secara langsung dalam YouTube pada jam 10:00 pagi waktu Malaysia.

    Sony masih belum mendedahkan sebarang maklumat mengenai telefon ini, namun beberapa gambar yang menunjukkan rekaannya telah tertiris. Ia mungkin akan ditawarkan dalam tiga warna iaitu hitam, hijau dan ungu.

    Rekaannya tidak jauh berbeza daripada Xperia 1 VI, dengan rekaan bersegi, lensa kamera yang disusun lurus dan butang yang diletakkan di sisi kanan. Lensanya menggunakan salutan Zeiss T* dan terdiri daripada kamera utama, kamera ultra-lebar dan kamera telefoto periskop.

    Telefon ini juga mengekalkan bicu audio 3.5mm, serta dilengkapi pembesar suara stereo. Baterinya berkapasiti 5,000mAh dan mampu bertahan sehingga dua hari, manakala sistem operasinya menggunakan Android 15 dan akan menerima kemas kini Android utama selama empat tahun dan kemas kini keselamatan selama enam tahun.

    Ia dijangka akan menggunakan cipset Qualcomm Snapdragon 8 Elite dan RAM 12GB. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Android Headlines

     

    Artikel Terkini

    DJI Mic Mini 2S tiba di Malaysia dengan rakaman 32-Bit, pembatalan hingar AI dan...

    DJI melancarkan mikrofon wayarles kompak terbaharu iaitu DJI Mic Mini 2S untuk pasaran Malaysia. Ia direka khusus untuk pencipta kandungan, pengatur cara...

    RHB Pay dilancar — Terima kad, FPX dan DuitNow Pay dalam satu platform

    RHB Bank Berhad secara rasmi melancarkan RHB Pay yang merupakan gerbang pembayaran dalam talian bersatu pertama yang dibangunkan, dimiliki dan dikendalikan sepenuhnya...

    Google hentikan khidmat Google Assistant mulai 4 September ini

    Google mengumumkan penamatan perkhidmatan Google Assistant pada peranti mudah alih dan peranti boleh pakai bermula 4 September 2026. Mereka telah mula menghantar...

    HONOR Watch 6 dilancar di Malaysia dengan GPS dwi jalur, NFC dan bateri 35...

    HONOR Malaysia secara rasmi melancarkan jam tangan pintar HONOR Watch 6 untuk pasaran tempatan dengan menawarkan bateri berkapasiti 980mAh yang mampu bertahan...

    CMF Clip Pro rasmi sebagai fon telinga “open-ear” pertama, sokong LDAC dan bateri 32.5...

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan CMF Clip Pro sebagai peranti fon telinga terbuka (open-ear) pertama dalam barisan produk mereka. Fon telinga ini menggunakan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured