More

    Sony Xperia 1 VIII dilengkapi bicu audio dan butang “shutter” bakal tiba 13 Mei ini

    Sony akhirnya mengesahkan acara pelancaran untuk Xperia 1 VIII dijadual berlangsung pada 13 Mei 2026. Acara tersebut akan distrim secara langsung menerusi saluran rasmi Xperia di YouTube pada jam 10 pagi waktu Malaysia. Menariknya, imej pengacah yang digunakan turut memperlihatkan rekaan modul kamera yang sepadan dengan imej janaan tertiris sebelum ini.

    Sebelum pengumuman rasmi, Xperia 1 VIII telah tertiris di internet yang mendedahkan beberapa spesifikasi utama telefon tersebut. Antara yang dijangka ditawarkan termasuk skrin OLED Full HD+ bersaiz 6.5-inci dengan nisbah 19.5:9 dan kadar segar semula 120Hz. Sony juga dilihat masih mengekalkan beberapa identiti klasik Xperia yang semakin pupus dalam pasaran mercu hari ini.

    Ia termasuk sensor cap jari pada sisi, butang shutter kamera fizikal dan bicu audio 3.5mm yang masih menjadi pilihan peminat audio berwayar. Selain itu, Xperia 1 VIII turut dijangka terus menggunakan bezel atas dan bawah tanpa rekaan lubang tebuk untuk kamera swafoto.

    Pendekatan ini membolehkan Sony mengekalkan sistem speaker stereo hadapan sebenar tanpa kompromi pada rekaan paparan. Xperia 1 VIII dilihat hadir dalam pakej bersama fon kepala premium Sony WH-1000XM6, tetapi masih belum jelas sama ada Sony akan menjual telefon ini secara berasingan pada harga lebih rendah.

    Buat masa ini, belum ada pengesahan rasmi mengenai harga global atau tarikh jualan sebenar untuk pasaran lain termasuk Malaysia. Tetapi jika mengikut penyenaraian terdahulu, Xperia 1 VIII mungkin hanya mula dipasarkan beberapa minggu selepas acara pelancarannya. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Sony

     

    Artikel Terkini

    Harga langganan Disney+ dan Hulu meningkat sehingga 13 peratus

    Disney mengumumkan pelarasan harga baharu bagi perkhidmatan penstrimannya merangkumi Disney+ dan Hulu dalam pasaran Amerika Syarikat. Menerusi pelarasan harga baharu, yuran bulanan...

    Qualcomm perkenal Snapdragon Sound Elite Gen 2 dengan AI terbina dalam

    Qualcomm secara rasmi memperkenalkan Snapdragon Sound Elite Gen 2 dalam acara Snapdragon Summit. Platform audio gred premium ini dibangunkan khusus untuk menyokong...

    HONOR X9e Pro rasmi di Malaysia dengan bateri 11,000mAh dan penarafan IP69K, bermula RM1,899

    HONOR secara rasmi melancarkan HONOR X9e Pro untuk pasaran Malaysia yang turut diiringi pengenalan barisan produk AIoT baharu merangkumi siri HONOR Pad...

    Sonos bawa Beam Ultra, Ace Ultra dan Sonos 27 ke Malaysia, harga bermula RM4,199

    Sonos telah memperkenalkan tiga penawaran baharu di Malaysia iaitu soundbar Beam Ultra, fon telinga premium Sonos Ace Ultra dan sistem kendalian audio...

    Xiaomi kini bukan sekadar telefon, Mijia dan EV bakal kuasai ekosistem global

    Xiaomi mengumumkan perluasan strategi ekosistem pintar Human x Car x Home di pasaran antarabangsa sempena pameran IFA 2026 di Berlin. Langkah ini...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured