More

    Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia dengan SD 8 Elite, kamera Exmor RS 50MP 1/1.56″ dan bicu audio 3.5mm berharga RM6,499

    Sony Malaysia melancarkan peranti mercu terbaharunya iaitu Sony Xperia 1 VIII untuk pasaran tempatan yang menampilkan rekaan belakang bertekstur ORE baharu diinspirasikan daripada batu permata mentah serta mempunyai penarafan ketahanan air dan debu IP65 serta IP68. Paparan menggunakan skrin LTPO OLED FHD+ HDR bersaiz 6.5 inci dengan kadar segar semula 120Hz, nisbah 19.5:9, algoritma pemprosesan BRAVIA dan dilindungi kaca Corning Gorilla Glass Victus 2.

    Prestasi dalaman dijana oleh cip pemprosesan Qualcomm Snapdragon 8 Elite bersama GPU Adreno 840, RAM 12GB dan storan dalaman UFS 256GB yang boleh diperluas sehingga 2TB menggunakan kad microSDXC. Bateri berkapasiti 5,000 mAh yang digunakan didakwa mampu bertahan sehingga dua hari dengan satu cas penuh dan menawarkan jangka hayat bateri sehingga empat tahun.

    Baterinya juga menyokong pengecasan pantas USB PD serta pengecasan nirwayar Qi dengan fungsi Battery Share. Sistem kamera belakang dilengkapi sensor utama Exmor T 52MP, ultra-lebar Exmor RS 50MP dan telefoto Exmor RS 50MP yang dinaik taraf dengan saiz optik 1/1.56 inci. Sistem kameranya turut dibantu kecerdasan buatan (AI) untuk cadangan tetapan kreatif manakala bahagian hadapan menggunakan kamera swafoto Exmor RS 12MP.

    Selain itu, Xperia 1 VIII menyokong pembesar suara stereo penuh, bicu fon kepala 3.5mm, talaan audio WALKMAN, Hi-Res Audio, Hi-Res Audio Wireless (LDAC), 360 Reality Audio, Dolby Atmos dan DSEE Ultimate. Peranti yang dijalankan dengan sistem operasi Android 16 ini menyokong sambungan 5G, Wi-Fi 7, Bluetooth 6.0, NFC dan port USB Type-C 3.2 dengan output DisplayPort.

    Xperia 1 VIII ditawarkan pada harga RM6,499. Pembeli terawal di Malaysia berpeluang menerima hadiah percuma bernilai sehingga RM1,784 yang merangkumi fon telinga nirwayar Sony WF-1000XM6 dan aksesori Style Cover dengan cengkam sokong.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Sony

     

    Artikel Terkini

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured