More

    Sony Xperia 10 III Lite dilancar: OLED 6 inci, Snapdragon 690, sokongan eSIM berharga ~RM1,810

    Sony telah memperkenalkan telefon pintar kelas pertengahan Sony Xperia 10 III pada bulan April lalu dan kini mereka telah melancarkan varian terbaru untuk produk tersebut iaitu Sony Xperia 10 III Lite. Varian baru ini menampilkan spesifikasi yang hampir sama dengan Xperia 10 III, namun ia dilengkapi storan yang lebih rendah.

    Xperia 10 III Lite dilengkapi storan dalaman 64GB iaitu separuh daripada storan 128GB dalam Xperia 10 III. Selain itu, ia juga tidak mempunyai ruang untuk kad SIM kerana ia menggunakan teknologi eSIM yang dihubungkan kepada rangkaian telekomunikasi mobile virtual network operator (MVNO). Fungsi radio FM juga tidak ditawarkan dalam Xperia 10 III Lite.

    Selain daripada perbezaan di atas, Xperia 10 III Lite menampilkan spesifikasi yang serupa dengan Xperia 10 III seperti skrin OLED Full HD+ berukuran 6 inci, cipset Snapdragon 690, bateri 4,500mAh, pengecasan pantas 30W, bicu audio 3.5mm dan rating kalis air IP68.

    Kamera telefon ini terdiri daripada kamera utama 12MP, kamera telefoto 8MP, kamera ultra-lebar 8MP dan kamera swafoto 8MP. Setakat ini ia hanya akan dijual dalam pasaran Jepun pada harga JPY46,800 (~RM1,810).

    Tiada maklumat tentang keberadaannya di Malaysia setakat ini. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Sony

     

    Artikel Terkini

    DJI Mic Mini 2S tiba di Malaysia dengan rakaman 32-Bit, pembatalan hingar AI dan...

    DJI melancarkan mikrofon wayarles kompak terbaharu iaitu DJI Mic Mini 2S untuk pasaran Malaysia. Ia direka khusus untuk pencipta kandungan, pengatur cara...

    RHB Pay dilancar — Terima kad, FPX dan DuitNow Pay dalam satu platform

    RHB Bank Berhad secara rasmi melancarkan RHB Pay yang merupakan gerbang pembayaran dalam talian bersatu pertama yang dibangunkan, dimiliki dan dikendalikan sepenuhnya...

    Google hentikan khidmat Google Assistant mulai 4 September ini

    Google mengumumkan penamatan perkhidmatan Google Assistant pada peranti mudah alih dan peranti boleh pakai bermula 4 September 2026. Mereka telah mula menghantar...

    HONOR Watch 6 dilancar di Malaysia dengan GPS dwi jalur, NFC dan bateri 35...

    HONOR Malaysia secara rasmi melancarkan jam tangan pintar HONOR Watch 6 untuk pasaran tempatan dengan menawarkan bateri berkapasiti 980mAh yang mampu bertahan...

    CMF Clip Pro rasmi sebagai fon telinga “open-ear” pertama, sokong LDAC dan bateri 32.5...

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan CMF Clip Pro sebagai peranti fon telinga terbuka (open-ear) pertama dalam barisan produk mereka. Fon telinga ini menggunakan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured