More

    Sony Xperia 10 IV dilancar: Miliki cipset SD 695, RAM 6GB & bateri 5,000mAh berharga ~RM2,308

    Hari ini, Sony telah mengumumkan telefon pintar kelas pertengahan Xperia 10 IV baharu akan dilancarkan pada 1 Ogos 2022 di Malaysia. Ia hadir dengan reka bentuk yang ringan pada 161 gram dan menyokong sambungan 5G. Ia juga dilengkapi dengan skrin FHD+ OLED 6 inci dan Corning Gorilla Glass Victus sambil membawa nisbah aspek 21:9.

    Ia menampilkan cipset Qualcomm Snapdragon 695, RAM 6GB + storan 128GB dan bateri 5,000mAh yang menyokong pengecasan pantas 30W. Di samping itu, ia membawa bezel berukuran 1mm dan keselesaan pegangan tangan pada 67mm. Peranti juga dilengkapi dengan rating kalis air dan habuk IP65/68. Xperia 10 IV mempunyai 2 pilihan warna iaitu hitam dan pudina.

    Dengan kapasiti bateri yang besar, peranti mempunyai hayat bateri yang lama serta kebolehpercayaan kesihatan bateri walaupun selepas 3 tahun. Xperia Adaptive Charging memantau bateri semasa mengecas untuk memastikan ia bertahan lama.

    Di bahagian belakang membawa tri-kamera utama 12MP dengan OIS + ultra lebar 8MP + telefoto 8MP manakala bahgian hadapan membawa kamera swafoto 8MP. Tambahan pula, Sony turut menambah beberapa ciri baharu seperti Superior Auto Mode, Auto HDR, mod malam, Advanced Blur Reduction dan kejelasan muka berasaskan AI untuk swafoto.

    Ia juga masih mengekalkan bicu audio 3.5mm yang turut menyokong audio beresolusi tinggi. Fon kepala wayarles turut menyokong ciri audio LDAC yang menghantar kira-kira tiga kali lebih banyak data berbanding audio Bluetooth konvensional.

    Selain itu, ia juga menyokong DSEE Ultimate yang meningkatkan kualiti bunyi muzik digital. Ia menggunakan teknologi AI untuk menghasilkan semula kehalusan akustik terperinci dan bunyi berfrekuensi tinggi yang sering hilang semasa pemampatan audio. Fungsi ini boleh digunakan pada fon telinga berwayar atau wayarles untuk fail dalam telefon dan perkhidmatan penstriman audio.

    Spesifkasi yang lain termasuk persisin Android 12 OS, dan 360 Reality Audio Upmix yang mengubah stereo kepada bunyi sekeliling. Walau bagaimanapun, syarikat tidak menyediakan pengecas di dalam kotak seperti jenama-jenama lain.

    Kami tidak mengetahui harga peranti ini di Malaysia, tetapi Xperia 10 IV berharga €499 ( ~RM2,308) di Eropah. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...