More

    Sony Xperia 10 VII dilancar: OLED 120Hz, SD 6 Gen 3, bateri 5,000mAh bermula ~RM2,220

    Selepas telefon pintar flagship Sony Xperia 1 VII dilancar, kini Sony memperkenalkan sebuah telefon kelas pertengahan pula iaitu Sony Xperia 10 VII. Selain menawarkan spesifikasi dan ciri-ciri yang diperbaharui berbanding generasi sebelumnya, ia turut mempunyai rekaan baharu di bahagian belakang.

    Di belakang, susunan kameranya kini diletakkan secara mendatar, bukannya menegak seperti generasi sebelumnya. Ia turut mempunyai sebuah bonggol kamera yang mendatar seperti siri Google Pixel 10.

    Telefon ini mempunyai skrin OLED berukuran 6.1 inci dengan resolusi Full HD+ (1080×2340) dan kadar segar semula 120Hz serta dibuat daripada kaca Gorilla Glass Victus 2.

    Spesifikasi dalamannya pula terdiri daripada cipset Qualcomm Snapdragon 6 Gen 3, baterinya berkapasiti 5,000mAh, RAM 8GB dan storan dalaman 128GB yang boleh dibesarkan dengan kad memori microSD sehingga 2TB. Perisiannya menggunakan Android 16 dan akan menerima kemas kini utama selama empat tahun dan kemas kini keselamatan selama enam tahun.

    Kameranya pula terdiri daripada kamera utama 50MP (dengan sensor Sony Exmor RS), kamera ultra-lebar 13MP dan kamera hadapan 8MP. Menarik untuk telefon ini adalah ia mempunyai butang khas di bahagian sisi untuk mengambil gambar.

    Ia turut mempunyai dwi-pembesar suara yang dihala ke hadapan, bicu audio 3.5mm dan rating kalis air IP65/68. Pilihan warnanya termasuklah hitam Charcoal Black, putih dan hijau Turquoise.

    Telefon ini akan dijual pada harga bermula EUR449 untuk pasaran Eropah dan setakat ini masih tiada maklumat mengenai keberadaannya di Malaysia.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan Xperia 10 VII dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured