More

    Sony Xperia 5 IV bakal dilancar: Mungkin tampilkan skrin OLED 6” dan tri-kamera 12MP

    Nampaknya, Sony telah mengumumkan tarikh pelancaran Sony Xperia 5 IV baharu iaitu pada 1 September 2022. Acara itu akan disiarkan secara langsung di saluran YouTube rasmi Sony Xperia pada pukul 3 petang di Malaysia.

    Berdasarkan pensijilan FCC baru-baru ini, Sony Xperia 5 IV mungkin akan dilancarkan dengan cipset Qualcomm Snapdragon 8+ Gen 1 sambil menampilkan kamera yang sama pada Sony Xperia 5 III semasa dengan tiga sensor 12MP. Peranti ini dijangka membawa skrin OLED 6 inci dan menyokong pengecasan wayarles. 

    Tambahan lagi, Sony telah bekerjasama dengan artis Cat Burns untuk merakam video muzik terbaharunya pada telefon Xperia baharu walaupun mereka tidak menyatakan secara jelas ia adalah Xperia 5 IV. Memandangkan tinggal beberapa hari lagi, kami akan menunggu butiran lengkap mengenai peranti itu tidak lama lagi.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: GSMArena

     

    Artikel Terkini

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Anker perluas kehadiran di Malaysia dengan kedai ketiga dan pameran produk baharu

    Anker menganjurkan Anker Experience Week di Sunway Pyramid dari 13 hingga 18 Oktober 2026 bagi memperkenalkan hala tuju jenama “Ultimate, Unified” di...

    OPPO ColorOS 17 dilancar secara global dengan UI Living Flow, jaminan lancar 6 tahun

    OPPO hari ini melancarkan sistem operasi terbaharu iaitu ColorOS 17 untuk pasaran global dengan fokus terhadap rekaan visual Living Flow dan integrasi...

    Samsung pamer peralatan rumah berasaskan AI, termasuk penyaman udara baharu 2027

    Samsung Electronics mempamerkan rangkaian kelengkapan rumah dan penyelesaian perniagaan berasaskan AI menerusi acara The Brief 2026 di Hanoi, Vietnam. Antara produk yang...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...