More

    Sony Xperia 5 IV dilancar: SD 8 Gen 1, skrin OLED 6.1″ 120Hz dan bateri 5,000mAh berharga ~RM4,477

    Sony telah melancarkan Sony Xperia 5 IV pada hari ini sambil membawa saiz yang sama seperti Xperia 5 III. Peranti ini dikuasakan oleh cipset Qualcomm Snapdragon 8 Gen 1, RAM 8GB dan storan 128GB.

    Seperti telefon pintar Sony Xperia yang lain, kameranya menawarkan ciri pro seperti penstabilan optik, autofokus, Real-time Eye AF, Penjejakan Real-time, HDR dan analisis jarak dengan AI pada semua lensa. Ia menggunakan kamera Sony dengan sensor 12MP.

    Bahagian belakang mempunyai tri-kamera menampilkan ultralebar 16mm 1/2.5 inci, lebar 24mm 1/1.7 inci dengan piksel 1.8um dan telefoto 60mm 1/3.5 inci. Kamera hadapannya membawa sensor 12MP 1/2.9 inci dengan lensa fokus tetap 24mm f2.0.

    Selain itu, peranti ini juga memaparkan panel OLED 120Hz 6.1 inci dengan resolusi 1080 x 2520 piksel, bateri 5,000mAh yang menyokong pengecasan pantas 30W dan merupakan peranti pertama dalam siri ini yang menampilkan pengecasan wayarles.

    Spesifikasi lain termasuk bicu audio 3.5mm, kalis air IP68, Gorilla Glass Victus pada kedua-dua sisi, slot kad mikroSD dan pilihan warna hijau, hitam serta Ecru White. Xperia 5 IV berharga USD999 (~RM4,477) di Amerika Syarikat di mana ia akan mula dijual pada Oktober ini.

    Buat sementara ini, masih tidak sebarang butiran mengenai kehadirannya di Malaysia.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: GSMArena

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Apple bangunkan hub rumah pintar dengan Siri AI, FaceTime dan AirPlay

    Apple dilaporkan sedang membangunkan peranti hub rumah pintar baharu yang berfungsi untuk mengawal peranti HomeKit, berinteraksi dengan Siri AI, membuat panggilan FaceTime,...

    WhatsApp tambah Parental Control, ibu bapa boleh kawal privasi anak

    WhatsApp melancarkan set kawalan ibu bapa baharu yang fleksibel dan bersifat pilihan bagi membantu mengurus penggunaan aplikasi dalam kalangan remaja. Ia dibangunkan...

    Canon EOS R8 Mark II dilancar di Malaysia dengan sensor full-frame 24.2MP dan IBIS...

    Canon Malaysia melancarkan kamera full-frame Canon EOS R8 Mark II yang menampilkan rekaan ergonomik yang dipertingkat serta sistem penstabilan imej penstabilan kawalan...

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured