More

    sooka raikan ulang tahun ke-4 dengan ciri baharu dan tawaran eksklusif!

    Platform penstriman Malaysia, sooka, meraikan ulang tahun keempat dengan pelbagai penambahbaikan perkhidmatan dan ganjaran eksklusif kepada pelanggan. Sejak dilancarkan, sooka menunjukkan pertumbuhan dengan 100% peningkatan pelanggan berbayar setiap tahun.

    Ia kini menjadi aplikasi sukan nombor satu dan antara lima aplikasi dengan pendapatan tertinggi di Google Play Store Malaysia. Tahun ini, sooka memperkenalkan aplikasi baharu dengan prestasi dua kali ganda lebih pantas serta versi terkini sooka TV Stick yang menyokong kandungan sukan dalam 4K UHD.

    Penambahbaikan lain termasuk navigasi diperibadikan, chatbot berasaskan AI dan Panduan Program Elektronik (EPG) serta tab dinamik yang akan memudahkan pengguna menonton kandungan secara langsung atau atas permintaan. Sebagai penghargaan kepada pelanggan, sooka menawarkan:

    • 10 hari akses percuma kepada pelan Sports & Entertainment untuk pelanggan baharu dengan kod promosi HBDSOOKA.
    • Cabutan bertuah harian selama 30 hari untuk memenangi TV Pintar LG 86” 4K UHD atau sooka TV Stick.
    • sooka TV Stick percuma dengan pembelian pelan Premium 6 bulan berharga RM249.
    • Promosi Beli 1 Percuma 1 pas tahunan bermula 25 Jun, membolehkan pengguna menikmati akses selama 24 bulan dengan hanya RM149.

    Menjelang tahun kelima, sooka merancang kerjasama dengan syarikat telekomunikasi dan institusi kewangan untuk meningkatkan nilai dan capaian kepada lebih ramai pengguna. Aplikasi sooka boleh dimuat turun di semua platform utama termasuk Apple App Store, Google Play Store dan Smart TV.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat untuk melanggan perkhidmatan sooka dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...