More

    SOS Kecemasan iPhone 14 melalui ciri satelit selamatkan lelaki terkandas di Alaska

    Dari semasa ke semasa, kami akan mendengar cerita tentang bagaimana Siri Apple Watch menyelamatkan orang daripada situasi tertentu. Kini, terdapat kes pertama di mana seseorang telah diselamatkan oleh SOS Kecemasan baharu Apple selepas terkandas di Alaska.

    Menurut sumber, kumpulan Alaska State Troopers menerima SOS pada waktu subuh pada 1 Disember di mana seorang lelaki terkandas di antara Noorvik dan Kotzebue. Lokasi terpencil tidak mempunyai sambungan, jadi dia menggunakan SOS Kecemasan melalui satelit pada iPhone 14 yang digunakan.

    Pusat Tindak Balas Kecemasan oleh Apple bekerjasama dengan pasukan mencari dan menyelamat tempatan serta Penyelaras Mencari dan Menyelamat Northwest Arctic Borough. Sukarelawan kemudian mencari kawasan itu dengan koordinat GPS dan lelaki itu berjaya diselamatkan.

    Ini boleh dianggap satu keajaiban kerana sambungan satelit mungkin tidak berfungsi di lokasi yang melebihi 62° latitud termasuk Alaska. Dilaporkan bahawa Noorvik dan Kotzebue berada hampir 69° latitud. Alaska State Troopers agak kagum dengan ketepatan dan kelengkapan maklumat yang disertakan dalam amaran awal.

    Untuk makluman anda, SOS Kecemasan melalui satelit kini disediakan dalam iOS 16.1 untuk siri iPhone 14. Ciri ini boleh diaktifkan jika tiada sumber WiFi atau sambungan selular. Ia percuma untuk digunakan selama dua tahun, tetapi belum ada sebarang rancangan diumumkan lagi selepas itu. 

    Namun, SOS Kecemasan hanya tersedia di Amerika Syarikat buat masa ini dan akan dikembangkan ke Perancis, Jerman, Ireland dan UK tidak lama lagi. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

    Sumber: Macrumors

     

    Artikel Terkini

    Harga langganan Disney+ dan Hulu meningkat sehingga 13 peratus

    Disney mengumumkan pelarasan harga baharu bagi perkhidmatan penstrimannya merangkumi Disney+ dan Hulu dalam pasaran Amerika Syarikat. Menerusi pelarasan harga baharu, yuran bulanan...

    Qualcomm perkenal Snapdragon Sound Elite Gen 2 dengan AI terbina dalam

    Qualcomm secara rasmi memperkenalkan Snapdragon Sound Elite Gen 2 dalam acara Snapdragon Summit. Platform audio gred premium ini dibangunkan khusus untuk menyokong...

    HONOR X9e Pro rasmi di Malaysia dengan bateri 11,000mAh dan penarafan IP69K, bermula RM1,899

    HONOR secara rasmi melancarkan HONOR X9e Pro untuk pasaran Malaysia yang turut diiringi pengenalan barisan produk AIoT baharu merangkumi siri HONOR Pad...

    Sonos bawa Beam Ultra, Ace Ultra dan Sonos 27 ke Malaysia, harga bermula RM4,199

    Sonos telah memperkenalkan tiga penawaran baharu di Malaysia iaitu soundbar Beam Ultra, fon telinga premium Sonos Ace Ultra dan sistem kendalian audio...

    Xiaomi kini bukan sekadar telefon, Mijia dan EV bakal kuasai ekosistem global

    Xiaomi mengumumkan perluasan strategi ekosistem pintar Human x Car x Home di pasaran antarabangsa sempena pameran IFA 2026 di Berlin. Langkah ini...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured