More

    Soundcore A20i & Soundcore R50i dilancar di Malaysia: Tahan lama dan penarafan IPX5 bermula RM77

    Soundcore melancarkan Soundcore A20i dan Soundcore R50i di pasaran Malaysia sambil meraikan promosi eksklusif 7.7.

    Soundcore R50i adalah fon telinga wayarles yang dilengkapi dengan pemacu 10mm yang boleh diperibadikan menggunakan aplikasi Soundcore pada 22 pratetap EQ dan kawalan intuitif. Ciri “Cari Earbud Saya” akan mengeluarkan bunyi untuk membantu anda mencari fon telinga sekiranya anda tersalah letak. Ia mampu bertahan sehingga 10 jam masa main berterusan untuk pengecasan penuh atau 30 jam yang menggunakan bekas pengecas.

    Terdapat dua mikrofon dibina dalam Soundcore R50i dan algoritma AI untuk menjamin suara anda didengari semasa panggilan. Fon telinga ini juga disokong oleh penarafan kalis air IPX5 memberikan perlindungan daripada titisan air.

    Seterusnya, Soundcore A20i membawa pratetap BassUp Soundcore yang meningkatkan audio bass anda ke tahap yang lebih tinggi. Nikmati sembilan jam dengan sekali cas atau sehingga 28 jam dengan bekas pengecas. 10 minit pengecasan memberikan anda kuasa selama dua jam masa penggunaan.

    Ia padat dan ringan disertakan dengan lanyard mudah dibawa ke mana sahaja. Fon telinga memberlkan sambungan yang stabil menggunakan teknologi Bluetooth 5.3 untuk pengalaman audio yang pantas.

    Untuk meraikan pelancaran Soundcore A20i dan Soundcore R50i, Soundcore berbesar hati mengumumkan tawaran promosi eksklusif 7.7 seperti di bawah. Dalam pada itu, Anker Innovations turut menawarkan kempen Jualan Super 7 rangkaian komprehensif penyelesaian berkaitan bateri termasuk pengecas mudah alih, bank kuasa, pengecas wayarles, pengecas kereta dan pengecas dinding.

    Anda boleh lakukan pembelian di Shopee dan Lazada pada harga yang ditawarkan. Ketahui lebih lanjut mengenai kesemua produk di atas di laman web rasmi Soundcore. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

     

    Artikel Terkini

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured