More

    soundcore R60i NC rasmi di Malaysia – ANC pintar dan audio Hi-Res, harga promosi RM159

    Terbaharu, soundcore telah melancarkan fon telinga wayarles baharu iaitu R60i NC di Malaysia. Fon telinga wayarles ini menawarkan kombinasi bunyian premium, pembatalan hingar aktif (ANC) pintar dan ciri berasaskan AI pada harga mampu milik.

    Menariknya, R60i NC menampilkan ANC adaptif masa nyata dengan penebat hingar sehingga -52dB yang menggunakan empat mikrofon dan ruang resonans Helmholtz untuk pengesanan bunyi automatik setiap 0.007 saat. Ini membolehkan peranti menyesuaikan tahap pembatalan hingar mengikut keadaan sekeliling dengan lebih tepat.

    R60i NC menerima pensijilan Hi-Res Audio Gold dengan sokongan LDAC dan pemandu 11mm bersalut titanium serta bass sehingga 10dB lebih dalam berbanding model sebelumnya. Ciri 3D Spatial Audio turut disertakan manakala mod permainan menawarkan latensi serendah 50ms.

    Ia juga dilengkapi enjin terjemahan AI yang mampu menterjemah perbualan secara masa nyata dalam lebih 100 bahasa dengan ketepatan sekitar 97%, hasil integrasi teknologi Microsoft dan algoritma milik soundcore. Enam mikrofon dengan pembatalan hingar panggilan AI (ENC) memastikan komunikasi kekal jelas dalam sebarang situasi.

    Bateri pula mampu bertahan sehingga 10 jam penggunaan (atau 8 jam dengan ANC aktif) dengan jumlah sehingga 50 jam bersama bekas pengecas. Pengecasan pantas 10 minit memberi sekitar 3.5 jam masa main. Fon telinga ini menyokong Bluetooth 6.1, sambungan dua peranti serentak, Google Fast Pair serta penarafan IP55 untuk ketahanan air dan habuk.

    Ia ditawarkan dalam warna hitam, putih, biru dan merah jambu. Di Malaysia, soundcore R60i NC dijual pada harga RM189, namun pembeli boleh mendapatkannya pada harga promosi RM159 antara 10 hingga 12 November 2025. Promosi khas turut berlangsung sehingga 31 Disember termasuk hadiah produk pengecas Anker terpilih melalui kedai rasmi di Shopee, Lazada dan TikTok.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Google ubah had Gemini bermula 9 Oktober ini, pengguna percuma kena ambil tahu

    Google mengumumkan pelarasan baharu terhadap ketersediaan model dan had penggunaan untuk aplikasi Gemini menerusi akaun peribadi. Perubahan berkuat kuasa secara rasmi bermula...

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...