More

    Speedy Video buat jualan khas mega sempena penutupan

    Jika anda adalah seorang penggemar filem, tentunya anda pernah membeli VCD, DVD atau Blu-Ray di francais kedai video tempatan, Speedy Video. Malangnya rantaian kedai tersebut akan gulung tikar tidak lama lagi, jadi sebelum mengundurkan diri, mereka ingin menganjurkan sebuah jualan khas untuk semua stok mereka.

    Dalam sebuah kiriman di Facebook semalam, Speedy Video Mega Sale akan berlangsung di semua cawangan Speedy sehingga 16 Jun ini. Pelanggan boleh membeli pelbagai CD yang menarik dengan harga yang sangat murah dan juga produk percuma untuk sesetengah pembelian. Untuk butiran lanjut, anda boleh baca kiriman tersebut di Facebook.

    📢📢📢📢📢📢Dear customers, our company are sadly to announce that we are going to close down all of our outlets soon. All…

    Posted by Speedy Video Distributors Sdn Bhd on Sabtu, 13 Jun 2020

    Dengan peningkatan penggunaan pelayaran filem seperti iFlix dan Netflix, tentunya syarikat CD semakin sukar untuk menjual produk mereka. Disukarkan lagi dengan situasi wabak COVID-19, mungkin telah menyebabkan pengurangan jualan yang ketara untuk Speedy Video.

    Kongsi kenangan bermakna anda tentang Speedy Video di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Apple bangunkan hub rumah pintar dengan Siri AI, FaceTime dan AirPlay

    Apple dilaporkan sedang membangunkan peranti hub rumah pintar baharu yang berfungsi untuk mengawal peranti HomeKit, berinteraksi dengan Siri AI, membuat panggilan FaceTime,...

    WhatsApp tambah Parental Control, ibu bapa boleh kawal privasi anak

    WhatsApp melancarkan set kawalan ibu bapa baharu yang fleksibel dan bersifat pilihan bagi membantu mengurus penggunaan aplikasi dalam kalangan remaja. Ia dibangunkan...

    Canon EOS R8 Mark II dilancar di Malaysia dengan sensor full-frame 24.2MP dan IBIS...

    Canon Malaysia melancarkan kamera full-frame Canon EOS R8 Mark II yang menampilkan rekaan ergonomik yang dipertingkat serta sistem penstabilan imej penstabilan kawalan...

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured