More

    Spesifikasi Apple iPhone 14 versi Pro didedah, miliki RAM 8GB dan storan 1TB bermula ~RM4,860

    Laporan baru-baru ini mengatakan bahawa pembekal Apple telah mula menghantar komponen untuk model iPhone 14 yang dijangka akan dikeluarkan secara besar-besaran tidak lama lagi serta pelancaran produk iPhone baharu akan diadakan pada bulan September.

    Sumber juga telah menyenaraikan maklumat spesifikasi utama serta harga iPhone 14 Pro dan iPhone 14 Pro Max. iPhone 14 Pro berharga $1,099 (~RM4,860) dan iPhone 14 Pro Max berharga $1,199 (~RM5,305).

    Daripada segi spesifikasi, iPhone 14 Pro dan Pro Max akan dilengkapi dengan cip A16 Bionic, paparan OLED 6.1 inci dan 6.7 inci 120Hz, kamera belakang 48MP+12MP+12MP, pilihan storan 128GB, 256GB, 512GB, 1TB , RAM 8GB, kapasiti bateri 3,200mAh, 4323mAh, sokong paparan skrin AOD, sokongan Face ID dan sistem iOS 16.

    Selepas peningkatan tahun ke tahun yang agak sederhana antara siri Apple iPhone 12 dan iPhone 13, Apple dijangka membawa beberapa perubahan yang lebih ketara dengan siri iPhone 14 tahun ini. iPhone 14 Pro dan Pro Max akan menjadi model dengan perubahan terbesar.

    Terdapat kamera swafoto menyokong autofokus dan kamera utama 48MP dengan rakaman video 8K. Dilaporkan bahawa iPhone 14 Pro dan Pro Max akan menggunakan “pil+punch screen” baharu dan bukannya skrin takuk. Ini akan membesarkan sedikit ruang skrin. iPhone 14 dan iPhone 14 Max masih akan menggunakan cip A15 yang sama seperti siri iPhone 13.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: ITHome

     

    Artikel Terkini

    Setel tambah ciri AI Voice Fuelling — Pengaktifan pam minyak tanpa sentuh

    Setel secara rasmi memperkenalkan fungsi baharu berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang dikenali sebagai Voice Fuelling. Ciri ini membolehkan pengguna mengaktifkan pam minyak...

    Siri Samsung Galaxy Tab S12 kini tersedia di Malaysia dengan MediaTek Dimensity 9500 dan...

    Samsung Malaysia mengumumkan ketersediaan siri tablet terbaharu mereka iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra untuk pasaran tempatan. Peranti datang...

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured