More

    Spesifikasi Black Shark 5 dan Pro terdedah, miliki SD 870 dan SD 8 Gen1 serta sokong cas pantas 100W

    Teknologi Black Shark mengumumkan siri telefon mudah pintar Black Shark 5 akan muncul tidak lama lagi. Ia bakal dilengkapi dengan platform mudah alih Snapdragon 8 baharu dan kini, spesifikasi telefon baharu itu telah didedahkan sepenuhnya. Menurut salah satu sumber, siri Black Shark 5 tersedia dalam dua varian iaitu Black Shark 5 dan Black Shark 5 Pro.

    Black Shark 5 dilengkapi Snapdragon 870, RAM 12GB, paparan AMOLED 6.67 inci 2400×1080 piksel , kamera swafoto 13MP, kamera belakang utama 64MP, bateri berkapasiti 4650mAh dengan sokongan pengecasan pantas 100W dwiteras. Ukuran telefon ini ialah 163.83×76.25×10.37mm dan berat 223g.

    Black Shark 5 Pro pula dilengkapi Snapdragon 8 Gen1, RAM 16GB, paparan AMOLED 6.67 inci beresolusi 2400×1080, kamera swafoto 13MP dan kamera uatama 108MP. Baterinya berkapasiti 4650mAh dan mempunyai sokongan pengecasan pantas 100W dwiteras. Ukurannya berukuran 163.86×76.53×9.8mm dan berat 226g.

    Selain itu, siri Black Shark 5 dijangka dilengkapi dengan storan yang mempunyai prestasi SSD. Teknologi ini telah digunakan pada Black Shark 4S Pro dan Luo Yuzhou, Ketua Pegawai Eksekutif Black Shark Technology menamakan ia sebagai ‘mencipta pendahulu untuk peranti Android’.

    Sumber terdahulu mengatakan bahawa Tencent sedang bersedia untuk mengambil alih Black Shark Technology, anak syarikat Xiaomi Group dengan harga 2.7 bilion dan masih dalam tahap rundingan.

    Selepas perbincangan tersebut selesai, tumpuan perniagaan Black Shark pada masa datang akan beralih daripada telefon pintar gaming kepada peranti VR secara keseluruhan. Kandungan akses perkakasan VR akan disediakan oleh Tencent dan Black Shark.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

    Sumber: ITHome

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    OPPO Find X10 Pro Max tiba sebagai telefon pertama di dunia dengan tiga kamera...

    OPPO secara rasmi memperkenal peranti mercu terbaharu Find X10 Pro Max yang dijana oleh cip pemprosesan MediaTek Dimensity 9600 Pro. Sistem kamera...

    MediaTek umum Dimensity CX C10 Max, cip 3nm pertama khas untuk Googlebook

    MediaTek melancarkan pemproses baharu Dimensity CX C10 Max yang merupakan cip pertama di bawah siri siri Compute Experience (CX). Pemproses ini dibina...

    vivo OriginOS 7 dilancar dengan prestasi lancar hingga 72 bulan!

    vivo secara rasmi memperkenalkan sistem operasi OriginOS 7 yang direka untuk mengekalkan prestasi lancar menerusi ujian anti-penuaan makmal selama 72 bulan. Sistem...

    Googlebook diperkenal, laptop pertama direka khas untuk Gemini Intelligence

    Qualcomm Technologies mengumumkan kerjasama dengan Google untuk membawa platform Snapdragon X Elite ke laptop Googlebook iaitu kategori komputer riba baharu yang direka...

    Nothing Phone (4b) dan Ear (3a) kini tersedia di Malaysia pada harga RM1,599 dan...

    Nothing melancarkan dua peranti baharu bagi pasaran Malaysia iaitu telefon pintar Nothing Phone (4b) dan fon telinga nirwayar Nothing Ear (3a). Nothing...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured