More

    Spesifikasi dan rekaan realme 9i 5G tertiris, mungkin dilengkapi skrin LCD 90Hz dan 3 kamera

    realme bakal melancarkan telefon pintar kelas pertengahan realme 9i 5G pada 18 Ogos 2022 di India dan ia bakal menjadi telefon realme i pertama yang menyokong rangkaian 5G. Selain itu, ia juga sudah disahkan akan mempunyai cipset MediaTek Dimensity 810.

    Kini, spesifikasi penuh untuk telefon itu telah pun tertiris. Menurut sumber, ia bakal mempunyai skrin LCD berukuran 6.6 inci dengan resolusi FullHD+, kadar segar semula 90Hz dan kadar bacaan sentuh 180Hz. Kadar pantas ini membuatkannya boleh memaparkan animasi dengan lebih lancar dan responsif.

    Telefon ini mempunyai badan yang dibuat daripada plastik dan ditawarkan dalam warna emas atau hitam. Di sekelilingnya, ia mempunyai pengimbas cap jari di sisi bahagian kanan, pembesar suara, port USB-C dan bicu audio 3.5mm di bahagian bawah serta dulang kad dwi-SIM dan kad memori.

    Selain itu, ia mempunyai bateri berkapasiti 5,000mAh, pengecasan pantas 18W, sistem operasi realme UI 3.0 berdasarkan Android 12 dan sokongan untuk Dynamic RAM Expansion, di mana ia boleh membesarkan RAM menggunakan sebahagian daripada storan sebanyak 5GB. Varian memorinya pula adalah 4GB+64GB atau 6GB+128GB.

    Untuk fotografi pula, ia bakal mempunyai kamera utama 50MP, kamera potret 2MP dan kamera makro. Di hadapan, ia mempunyai kamera swafoto 8MP yang diletakkan dalam takuk berbentuk titisan air.

    Perlu diingati bahawa spesifikasi di atas masih belum disahkan secara rasmi oleh realme. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Appuals

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...