More

    Spesifikasi & gambar Samsung Galaxy M51 dibocorkan, akan dilengkapi bateri 7,000mAh, Super AMOLED, lima kamera

    Telefon kelas pertengahan Samsung Galaxy M51 dijangka akan dilancar dalam masa terdekat namun kini spesifikasi dan gambar media (press render) telefon tersebut telah pun dimuat naik ke dalam Twitter. Menurut sumber, telefon ini akan dilengkapi skrin Super AMOLED 6.67 inci dengan kadar segar semula 60Hz dan resolusi Full HD+.

    Sumber turut mengesahkan spesifikasi awal yang dilaporkan sebelum ini, di mana Galaxy M51 akan dilengkapi bateri berkapasiti 7,000mAh dan pengecasan pantas 25W. Untuk kamera, ia akan dilengkapi kamera utama 64MP, kamera ultra lebar 12MP, sensor kedalaman 5MP dan kamera makro 5MP manakala kamera swafoto pula adalah kamera 32MP.

    Cipsetnya dikhabarkan adalah Snapdragon 730G namun terdapat ini masih belum disahkan. Pada waktu penulisan, Samsung Rusia telah pun mendirikan laman web khas untuk Galaxy M51.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon pintar ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Twitter

     

    Artikel Terkini

    Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia dengan SD 8 Elite, kamera Exmor RS...

    Sony Malaysia melancarkan peranti mercu terbaharunya iaitu Sony Xperia 1 VIII untuk pasaran tempatan yang menampilkan rekaan belakang bertekstur ORE baharu diinspirasikan...

    TECNO tayang telefon skrin 0mm pertama – Tiada lagi bezel hitam!

    TECNO memperlihatkan telefon konsep Next-Gen Bezelless menjelang kemunculan pertamanya di acara IFA 2026. Ia dibangunkan untuk menghapuskan garisan hitam di sekeliling paparan...

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured