More

    Spesifikasi HONOR X9a 5G didedah sebelum pelancaran, tampilkan cipset SD 695 dan bateri 5,100mAh

    Walaupun HONOR X9a 5G akan dilancarkan di Malaysia pada 4 Januari 2023, syarikat itu telahpun mengeluarkan butiran spesifikasi peranti di laman web HONOR. Malangnya, siaran itu tidak menyatakan harga peranti tersebut. 

    HONOR X9a 5G mempunyai paparan AMOLED 6.67 inci yang menawarkan resolusi FHD+ 1080 x 2400 piksel, nisbah aspek 20:9, kadar penyegaran semula 120Hz dan warna 10-bit. Ia juga mempunyai pengimbas cap jari di bawah paparan.

    Di bahagian hadapannya menampilkan kamera swafoto 16MP manakala di bahagian belakangnya mempunyai kamera utama 64MP dengan apertur f/1.8, lensa ultralebar 5MP dan kedalaman 2MP. Telefon ini menggunakan OS Magic UI 6.1 berdasarkan Android 12.

    Ia dikuasakan oleh cipset Snapdragon 695, RAM 6 GB/ 8GB dan storan 128GB/ 256 GB. Kapasiti baterinya adalah 5,100mAh dengan pengecasan 40W. Spesifikasi lain termasuk dwi SIM, 5G, Wi-Fi 802.11ac, Bluetooth 5.1, GPS, NFC dan port USB-C. HONOR X9a 5G berukuran 161.6 x 73.9 x 7.9mm dan seberat 175 gram.

    Harganya akan diumumkan ketika hari pelancarannya di Malaysia pada 4 Januari. Peranti ini menawarkan tiga warna iaitu Titanium Silver, Emerald Green dan Midnight Black.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

    Sumber: Laman web HONOR

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...