More

    Spesifikasi HUAWEI MatePad 11 2023 tertiris, miliki SD 870 dan paparan 2K

    Tablet HUAWEI MatePad agak popular di China kerana spesifikasi yang ditawarkan berbaloi dengan harga. HUAWEI sedang bersedia untuk menambah model baharu dalam siri ini iaitu MatePad 11 (2023) yang akan dilancarkan pada 23 Mac ini. Ia akan dilancarkan bersama siri HUAWEI P60 dan Mate X3 boleh lipat.

    Sumber yang boleh dipercayai mendakwa bahawa HUAWEI MatePad 11 (2023) akan dilengkapi dengan paparan LCD 11 inci yang menawarkan resolusi 2560 X 1600 piksel dan kadar penyegaran 120Hz. Ia akan dikuasakan oleh cip Snapdragon 870 yang dipasangkan dengan RAM 8GB dan storan 128GB/256GB.

    Baterinya berkapasiti 7250mAh yang menyokong pengecasan pantas 22.5W serta menjalankan sistem HarmonyOS 3.1. Ia akan ditawarkan dalam warna ungu, hitam, biru dan putih. Pengacah telah mendedahkan tablet itu akan menampilkan skrin dengan perlindungan mata anti-silau.

    Ia didakwa dapat menghapuskan sehingga 97% cahaya yang mengganggu di persekitaran sekeliling. MatePad 11 (2023) akan mempunyai satu kamera utama di belakang dan paparan tanpa takuk di hadapan. Kamera swafoto akan dipasang secara menegak pada bezel atas. HUAWEI berkata peranti itu akan disertakan dengan pensijilan bebas pantulan TUV Rheinland.

    Pada masa ini, tiada berita mengenai harga tablet tersebut dan nantikan kemunculannya pada 23 Mac ini. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

    Sumber: ITHome

     

    Artikel Terkini

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Google ubah had Gemini bermula 9 Oktober ini, pengguna percuma kena ambil tahu

    Google mengumumkan pelarasan baharu terhadap ketersediaan model dan had penggunaan untuk aplikasi Gemini menerusi akaun peribadi. Perubahan berkuat kuasa secara rasmi bermula...

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured