More

    Spesifikasi HUAWEI P50 Pocket didedahkan, miliki Kirin 9000, skrin 6.85”, kamera 50MP dan bateri 4,100mAh

    HUAWEI P50 Pocket ialah telefon yang menggunakan konsep reka bentuk kulit kerang boleh lipat yang bakal dilancarkan pada 23 Disember ini. Sebelum ini, banyak berita yang tertiris, imej janaan yang muncul dan pengesahan rasmi tentang pelancarannya. Namun sehingga kini, hanya sedikit maklumat tentang spesifikasi dalamannya.

    HUAWEI P50 Pocket merupakan saingan Galaxy Z Flip3 5G yang akan mempunyai skrin dan bateri yang lebih besar dengan pengecasan yang lebih pantas serta lebih banyak kamera. Skrinnya mempunyai ukuran 6.85 inci manakala bahagian luarnya terdapat skrin bulat berukuran 1 inci.

    Terdapat tiga kamera di bawah skrin bulat itu yang menempatkan kamera utama 50MP IMX766, ultralebar 13MP dan kamera zum 8MP 3x. HUAWEI P50 Pocket dikuasakan oleh cipset Kirin 9000 terhad kepada sambun 4G dan bateri 4,100mAh yang mampu mengecas pada 66W.

    Kami akan melaporkan lebih banyak maklumat mengenainya memandangkan hari pelancarannya bakal tiba. Adakah anda menantikan peranti ini? Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: GSMArena

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...