fbpx
More

    Spesifikasi iQOO 11 tertiris, miliki SD 8 Gen 2 dan skrin 6.78″ 144Hz

    iQOO telah pun mengesahkan bahawa telefon andalan seterusnya akan menggunakan Snapdragon 8 Gen 2. Walaupun iQOO cuba menyembunyikan spesifikasinya, namun terdapat beberapa spesifikasi tidak rasmi tentang iQOO 11 telah tertiris.

    Geekbench telah mendedahkan keputusan bagi ujian prestasi untuk iQOO 11 dan cipset baharunya. Unit yang menjalankan ujian mempunyai RAM 12GB yang akan menjadi RAM LP-DDR5X. Cipsetnya menyokong format storan UFS 4.0 baharu walaupun kapasitinya belum diberitahu.

    Laporan sebelum ini mengesahkan bahawa telefon ini akan menampilkan paparan berdasarkan teknologi Samsung E6. Ia akan menggunakan panel berukuran 6.78 inci dengan resolusi 1,440 x 3,200px (20:9), kadar segar semula 144Hz, kadar pensampelan sentuhan 300Hz. Spesifikasinya serupa dengan iQOO 10 tetapi yang mempunyai panel E5 dengan kadar penyegaran 120Hz.

    Seterusnya, iQOO 11 dikatakan mempunyai kamera utama 50MP, ultra lebar 13MP dan makro 8MP. Selain itu, kamera swafoto akan mempunyai sensor 16MP. Seperti yang anda mungkin pernah dengar sebelum ini, iQOO 11 akan mempunyai bateri 5,000mAh dengan pengecasan pantas 120W dengan 11 Pro dijangka mencapai setinggi 200W.

    Badan telefon akan berukuran 164.8 x 77.0 x 8.5mm dan berat 205g. Ia akan tersedia dalam dua jalur warna bertemakan perlumbaan iaitu Isle of Man Edition dan Track Edition. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: GSMArena

     

    Artikel Terkini

    Samsung Malaysia tawarkan diskaun sehingga RM200 untuk Galaxy A15 dan Galaxy A25 5G

    Walaupun sambutan Hari Ibu sudah pun berlalu, Samsung Malaysia masih ingin menganjurkan promosi sembena hari tersebut dengan menawarkan dua buah telefon pintar...

    Redmi Note 13R dilancar: SD 4 Gen 2 dan skrin 120Hz bermula ~RM907

    Selepas mengeluarkan Redmi Note 13R Pro tahun lepas, anak syarikat Xiaomi kini melancarkan varian standard peranti tersebut iaitu Redmi Note 13R di...

    Samsung sindir iklan Apple iPad Pro 2024 dengan video “Uncrush”

    Apple telah melancarkan iPad Pro 2024 baharunya dengan cip M4. Walau bagaimanapun, kemunculannya telah mencipta kontroversi dengan iklan Crush!. Iklan itu mungkin...

    Samsung Galaxy Z Fold6 muncul dalam Geekbench dengan Snapdragon 8 Gen 3, RAM 12GB

    Peranti boleh lipat Samsung Galaxy generasi seterusnya akan dikeluarkan pada 10 Julai dan kini, salah satu telefon pintar dalam barisan tersebut telah...

    Twitter secara rasmi telah tamat, beralih kepada domain X.com

    Landskap media sosial telah mengalami perubahan ketara dengan peralihan lengkap Twitter kepada X. Ini berikutan langkah besar yang dimulakan oleh pengambilalihan Elon...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X