More

    Spesifikasi iQOO Neo8 Pro didedah, hadir dengan cipset Dimensity 9200+ dan pengecasan 120W

    Sebelum ini, dilaporkan bahawa iQOO telah mulakan proses penghasilan siri Neo8 berikutan ketirisan khabar angin. Kini, terdapat lagi pendedahan maklumat mengenai spesifikasi penting model Pro dalam siri Neo8.

    Baru-baru ini, sumber yang boleh dipercayai mendedahkan Neo8 Pro akan menampilkan paparan fleksibel dan lurus 6.78 inci yang menyokong resolusi 2800×1260 piksel serta pemalapan skrin PWM 2160Hz untuk perlindungan mata. Untuk cipset, Neo8 Pro akan dikuasakan oleh Dimensity 9200+.

    Cipset akan diumumkan tidak lama lagi dan dijangkakan ianya mempunyai konfigurasi teras yang serupa tetapi hanya kekerapan teras sahaja yang berbeza. Mengenai spesifikasi, Dimensity 9200 standard adalah berdasarkan proses pembuatan 4nm TSMC dan menggunakan GPU Immortalis-G715.

    Sumber juga menyebut bahawa peranti itu akan dilengkapi dengan bateri 5,000mAh menyokong pengecasan 120W. Jika dilihat, saiz paparan, bateri dan spesifikasi pengecasan adalah serupa dengan model sebelumnya. Walau bagaimanapun, maklumat ini masih belum disahkan secara rasmi oleh iQOO.

    Turut didedahkan bahawa varian storan tertinggi dalam siri iQOO Neo8 akan mempunyai RAM LPDDR5x 16GB dan storan UFS 4.0 512GB. Dijangka siri iQOO Neo8 akan dilancarkan pada Mei ini. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

    Sumber: MyFixGuide

     

    Artikel Terkini

    Setel tambah ciri AI Voice Fuelling — Pengaktifan pam minyak tanpa sentuh

    Setel secara rasmi memperkenalkan fungsi baharu berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang dikenali sebagai Voice Fuelling. Ciri ini membolehkan pengguna mengaktifkan pam minyak...

    Siri Samsung Galaxy Tab S12 kini tersedia di Malaysia dengan MediaTek Dimensity 9500 dan...

    Samsung Malaysia mengumumkan ketersediaan siri tablet terbaharu mereka iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra untuk pasaran tempatan. Peranti datang...

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured