More

    Spesifikasi kamera dan bateri siri realme 13 Pro didedah, menyokong cas pantas 80W

    realme bakal melancarkan siri telefon pintar kelas pertengahan realme 13 Pro dan realme 13 Pro+ pada 30 Julai 2024 dan syarikat itu sudah pun berkongsi beberapa maklumat mengenainya, seperti spesifikasi kamera. Kini dengan tarikh pelancarannya yang semakin hampir, mereka berkongsi lebih banyak informasi mengenai spesifikasi dalamannya.

    Kedua-dua model telefon akan dilengkapi bateri 5,200mAh yang menyokong kadar pengecasan pantas 80W. Untuk cipset pula, ia akan menggunakan sebuah cipset dalam siri Snapdragon 7, namun model spesifiknya tidak dimaklumkan.

    Kamera untuk kedua-dua telefon pula akan dilengkapi sensor kamera utama Sony LYTIA-701 50MP, dengan tambahan kamera telefoto periskop 50MP dengan sensor Sony LYTIA-600 yang menawarkan zum optikal 3x dan zum digital sehingga 120x untuk varian Pro+.

    Kamera kedua-dua telefon juga menerima pengiktirafan TUV Rheinland High Resolution Camera Certification, iaitu telefon pertama dalam dunia yang menerima pengiktirafan tersebut bagi menjamin kualiti gambar yang jelas.

    realme mengetengahkan kamera ini sebagai telefon AI pertama dengan kamera taraf profesional, dengan imej pemprosesan HYPERIMAGE+ untuk menghasilkan “gambar mirip DSLR.” Ia juga menawarkan beberapa ciri AI seperti Ultra Clarity, Smart Removal, Group Photo Enhancement dan Audio Zoom.

    Syarikat itu bekerjasama dengan Boston Museum of Fina Arts untuk menghasilkan rekaan kedua-dua telefon, di mana ia akan ditawarkan dalam tiga warna iaitu hijau Emerald Green, emas Monet Gold dan ungu Monet Purple.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan siri telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: realme

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    Netflix naik harga lagi di Malaysia, langganan kini cecah RM69.90 sebulan

    Netflix mengumumkan penyemakan semula kadar yuran langganan bulanan di Malaysia yang melibatkan semua peringkat pelan serta penambahan slot ahli. Kenaikan harga ini...

    Starship tamatkan fasa ujian, satelit Starlink V3 akan mula dibawa ke orbit

    SpaceX menyasarkan 18 September bagi pelaksanaan ujian penerbangan ke-14 roket Starship dari tapak pelancaran Starbase di Texas. Misi ini dijangka membawa perubahan...

    HONOR Magic9 Super Edition bakal tiba dengan bateri 11,000mAh dan paparan 165Hz

    HONOR dilaporkan sedang membangunkan telefon pintar mercu baharu menerusi model HONOR Magic9 Super Edition. Berdasarkan maklumat kebocoran spesifikasi yang tertumpu pada siri...

    Apple naikkan harga iPhone di Malaysia sehingga RM1,300

    Apple secara senyap telah mengemaskini senarai harga rasmi bagi beberapa model telefon pintar sedia ada di Malaysia. Pelarasan ini melibatkan model siri...

    Apple Watch Ultra 4 turut rasmi dengan cip S11, bateri 50 jam dan GPS...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Ultra 4 untuk pasaran Malaysia yang kini dikuasakan oleh cip baharu S11 dan didatangkan dengan kerangka...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...