More

    Spesifikasi kamera Samsung Galaxy S21 Ultra bocor, kamera 108MP dengan lensa periskop 10x

    Samsung dijangka bakal melancarkan siri telefon andalan terbaru mereka, Samsung Galaxy S21 pada bulan Januari ini. Mereka dikhabarkan akan melancarkan tiga model telefon baru iaitu Samsung Galaxy S21, Galaxy S21+ dan Galaxy S21 Ultra. Terbaru, butiran mengenai kamera Samsung Galaxy S21 Ultra telah muncul di dalam talian.

    Berdasarkan artikel sebelum ini, Galaxy S21 Ultra dilihat hadir dengan lima modul kamera pada bahagian belakang, manakala Galaxy S21 dan Galaxy S21+ akan hadir dengan tiga kamera sahaja.

    Kamera utama pada Galaxy S21 Ultra ini adalah kamera 108MP sensor ISOCELL HM3 piksel 0.8µm (dengan sokongan binning 9-dalam-1 dan Super PD autofocus). Ia akan mempunyai sensitiviti cahaya yang lebih baik dari sensor HM1 sebanyak 12%.

    Selain itu, Galaxy S21 Ultra juga akan hadir dengan kamera telefoto 3x 10MP sensor ISOCELL Fast 3JI dengan piksel 1.22µm dan Dual PD autofocus. Untuk zum melebihi 3x, ia akan menggunakan data dari kamera utama 108MP dan kamera telefoto ini.

    Tambahan lagi, Galaxy S21 Ultra akan dilengkapi lensa periskop 10x 10MP dengan sensor yang sama dengan kamera telefoto (sensor ISOCELL Fast 3JI). Ia juga akan hadir dengan kamera ultra lebar 12MP sensor SONY IMX563 (1.4µm, 1/2.55″). Telefon ini juga akan kekalkan bantuan Laser autofocus yang ada pada telefon Note20 Ultra.

    Adakah anda tertarik dengan spesifikasi kamera Galaxy S21 Ultra ini? Komen di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber : GSMArena

     

    Artikel Terkini

    Googlebook diperkenal, laptop pertama direka khas untuk Gemini Intelligence

    Qualcomm Technologies mengumumkan kerjasama dengan Google untuk membawa platform Snapdragon X Elite ke laptop Googlebook iaitu kategori komputer riba baharu yang direka...

    Nothing Phone (4b) dan Ear (3a) kini tersedia di Malaysia pada harga RM1,599 dan...

    Nothing melancarkan dua peranti baharu bagi pasaran Malaysia iaitu telefon pintar Nothing Phone (4b) dan fon telinga nirwayar Nothing Ear (3a). Nothing...

    Siri vivo X500 dilancar dengan Dimensity 9600 Pro, kamera Sony LYTIA L910 17 EV...

    vivo secara rasmi melancarkan siri X500 yang terdiri daripada vivo X500, X500 Pro dan X500 Pro Max di Shanghai, China. Siri mercu...

    Tukar MyKad baharu? MyDigital ID tak perlu daftar semula

    MyDigital ID mengumumkan bahawa pengenalan MyKad generasi baharu tidak akan menjejas fungsi atau penggunaan platform identiti digital berkenaan. Pengguna yang memiliki kad...

    Asyik lagu kanak-kanak dalam “Wrapped”? Spotify kini ada solusinya

    Spotify secara rasmi memperkenalkan fungsi suis tetapan (toggle) baharu yang membolehkan pengguna mengeluarkan kategori lagu kanak-kanak daripada menjejaskan cadangan muzik peribadi mereka....

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured