More

    Spesifikasi kamera siri HONOR X10 dibocorkan, bakal dilengkapi kamera periskop

    Memandangkan tarikh pelancaran siri HONOR X10 pada 20 Mac semakin hampir, memang banyak butiran awal akan didedahkan. Terbaru, spesifikasi kamera untuk HONOR X10 dan HONOR X10 Pro pula dibocorkan dan ia nampak seperti khabar yang sah.

    Maklumat yang baru muncul di Weibo itu memaklumkan bahawa HONOR X10 Pro bakal dilengkapi kamera periskop 8MP dan penstabilan imej. Untuk makluman, teknologi kamera periskop adalah sesuatu yang hanya terdapat dalam model flagship seperti Samsung Galaxy S20 Ultra dan Huawei P30 Pro untuk kebolehan zum yang lebih jauh.

    Sementara itu, HONOR X10 tidak akan dilengkapi kamera periskop, sebaliknya ia dilengkapi kamera makro. Kedua-dua varian akan dilengkapi sensor Sony IMX600y 40MP yang menggunakan penapisan warna (colour filter) RYYB. Selain itu, gambar di Weibo juga menunjukkan skrin telefon yang tidak mempunyai punch hole atau takuk notch, jadi mungkin kamera selfie adalah kamera pop-up seperti yang dilaporkan sebelum ini.

    Memandangkan tarikh pelancarannya semakin menghampiri, mungkin maklumat ini ada benarnya. Sebelum ini, HONOR sudah pun berkongsi contoh gambar yang diambil menggunakan HONOR X10 di Gunung Everest.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan siri HONOR X10 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Canon EOS R8 Mark II dilancar di Malaysia dengan sensor full-frame 24.2MP dan IBIS...

    Canon Malaysia melancarkan kamera full-frame Canon EOS R8 Mark II yang menampilkan rekaan ergonomik yang dipertingkat serta sistem penstabilan imej penstabilan kawalan...

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Mercedes-AMG GT 63 4-Door Coupé EV rasmi di Malaysia dengan 1,169hp, cas pantas 350kW

    Mercedes-Benz Malaysia melancarkan Mercedes-AMG GT 63 PRO 4MATIC+ Coupé dan memberi pratonton awal Mercedes-AMG GT 63 4-Door Coupé di Kuala Lumpur bersempena...

    Nothing Headphone (1) Pro diumum: Tiga pemandu audio, binaan premium dan bateri tahan 68...

    Nothing melancarkan fon telinga mercu over-ear terbaharu mereka, Nothing Headphone (1) Pro. Model baharu ini membawakan peningkatan daripada segi sistem audio, keupayaan...

    Siri HONOR Magic9 dilancar di China — Dua kamera 200MP ARRI dan bateri 11,000mAh

    HONOR melancarkan siri telefon pintar mercu terbaharu di China yang merangkumi tiga model iaitu HONOR Magic9, Magic9 Super Edition dan Magic9 Pro...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured