More

    Spesifikasi kamera Xiaomi 12 Ultra didedah, mungkin dilancar bersama 12 Ultra Enhanced Edition

    Menjelang tahun 2022, pendedahan mengenai perincian Xiaomi 12 Ultra semakin jelas dan kami telah mendapat beberapa gambaran telefon ini. Laporan daripada Xiaomiui mendedahkan nama kod, spesifikasi kamera asas dan menyatakan bahawa Xiaomi mungkin sedang membangunkan Xiaomi 12 Ultra Enhanced Edition juga.

    Kedua-dua telefon membawa nama kod Thor dan Loki seperti yang dinyatakan dalam kod skor MIUI Xiaomi. Model 12 Ultra membawa kod Thor manakala 12 Ultra Enhanced Edition membawa nama kod Loki. Kedua-dua peranti ini akan dikuasakan oleh Snapdragon 8 gen1 yang juga dikenali sebagai Snapdragon 898 buat masa ini.

    Kamera utamanya menggunakan sensor Samsung GN5 50MP yang disertai oleh tiga lagi unit kamera 48MP. Kami menjangkakan bahawa salah satu daripadanya akan digandingkan dengan lensa ultra lebar dan zum maksimum mungkin berkemampuan sehingga 120x (sama seperti 11 Ultra) manakala untuk video dihadkan pada 15x. 

    Pembaca cap jari bawah paparan baharu juga disebut dalam laporan tetapi kami masih belum pasti fungsi lain yang akan ditawarkan. Komen di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: GSMArena

     

    Artikel Terkini

    Apple naikkan harga iPhone di Malaysia sehingga RM1,300

    Apple secara senyap telah mengemaskini senarai harga rasmi bagi beberapa model telefon pintar sedia ada di Malaysia. Pelarasan ini melibatkan model siri...

    Apple Watch Ultra 4 turut rasmi dengan cip S11, bateri 50 jam dan GPS...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Ultra 4 untuk pasaran Malaysia yang kini dikuasakan oleh cip baharu S11 dan didatangkan dengan kerangka...

    Apple Watch Series 12 diumum dengan cip S11, Ceramic Shield 2 dan cas lebih...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Series 12 yang dikuasakan oleh cip baharu S11. Jam tangan pintar ini membawakan rekaan sistem pengesan...

    Apple perkenal AirPods 5: ANC, IP57 dan kawalan gerak kepala bermula RM599

    Apple secara rasmi melancarkan AirPods 5 untuk pasaran Malaysia. Fon telinga jenis terbuka ini hadir dalam dua varian iaitu model standard dan...

    Apple iPhone Duo turut rasmi dengan skrin lipat 7.6″, cip A20 Pro bermula RM9,499

    Apple secara rasmi mengumumkan iPhone Duo sebagai telefon lipat pertama dalam barisan peranti mereka. Peranti ini hadir dengan reka bentuk boleh lipat...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured