More

    Spesifikasi Mi 11 Lite 4G tertiris, mungkin dilengkapi Snapdragon 732G, AMOLED 90Hz

    Maklumat tentang telefon pintar kelas pertengahan Mi 11 Lite telah mula tersebar sejak awal bulan ini dan kini lebih banyak spesifikasi telefon itu telah didedahkan. Sumber terbaru daripada Twitter telah menyenaraikan spesifikasi penuh dan gambar-gambar untuk Mi 11 Lite 4G dan Mi Lite 5G.

    Menurut @Sudhanshu1414 , Mi Lite 4G akan dilengkapi skrin AMOLED 90Hz Full HD+ berukuran 6.55 inci, cipset Snapdragon 732G, kamera utama 64MP, kamera ultra-lebar 8MP dan kamera telemakro 5MP, bateri 4,520mAh, pengecasan pantas 33W dan perisian MIUI 12 berdasarkan Android 11. Apa yang menarik tentang telefon ini adalah ketiadaan bicu audio 3.5mm yang selalunya terdapat dalam telefon kelas pertengahan.

    Untuk varian memori pula Mi 11 Lite 4G akan ditawarkan dalam 6GB+64GB dan 6GB+128GB serta pilihan warna biru, merah jambu atau hitam. Bagi Mi 11 Lite 5G pula, ia akan ditawarkan dalam varian memori 6GB+128GB dan 8GB+128GB serta pilihan warna hijau, kuning atau hitam.

    Beliau juga mengatakan pengecas 33W akan disertakan dalam kotak Mi 11 Lite. Spesifikasi yang disenaraikan oleh Sudhanshu ini selari dengan spesifikasi sebelum ini yang telah didedahkan dalam sebuah gambar.

    Setakat ini masih tiada maklumat rasmi tentang pelancarannya. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured