More

    Spesifikasi Motorola Razr 40 Ultra didedah, mungkin tampilkan SD 8+ Gen 1 dan skrin AMOLED

    Sebelum pelancarannya, pasti terdapat banyak khabar angin mendedahakan butiran mengenai sesebuah peranti. Hari ini, kami mendapat beberapa spesifikasi Motorola Razr 40 Ultra seperti yang dicatat di bawah.

    Menurut laporan baharu, telefon lipat itu akan menggunakan cipset Snapdragon 8+ Gen 1. Kemudian, skrin sentuhnya membawa panel AMOLED 120Hz atau 144Hz dengan resolusi 1080×2640 manakala skrin luaran 3.5 inci mungkin akan mempunyai resolusi 1056×1066.

    Ia dijangka membawa storan sehingga 512GB dan RAM sehingga 12GB, varian dwi-SIM, varian eSIM, NFC pada semua model dan sudah tentu pengimbas cap jari. Kamera utama adalah 12MP dengan sensor Sony IMX563 dan ultralebar 13MP dengan sensor SK Hynix Hi1336 manakala skrin dalaman mendapat kamera swafoto 32MP dengan sensor OmniVision OV32B40.

    Ia mungkin mempunyai pilihan warna hitam, biru dan “Barberry” dengan kapasiti bateri 3,640 mAh yang menyokong pengecasan 33W serta sistem operasi Android 13 dengan My UX Motorola. 

    Ini mungkin menjadi salah satu pesaing Samsung Galazy Z Flip5 pada tahun ini. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber:  XDA Developers

     

    Artikel Terkini

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Anker perluas kehadiran di Malaysia dengan kedai ketiga dan pameran produk baharu

    Anker menganjurkan Anker Experience Week di Sunway Pyramid dari 13 hingga 18 Oktober 2026 bagi memperkenalkan hala tuju jenama “Ultimate, Unified” di...

    OPPO ColorOS 17 dilancar secara global dengan UI Living Flow, jaminan lancar 6 tahun

    OPPO hari ini melancarkan sistem operasi terbaharu iaitu ColorOS 17 untuk pasaran global dengan fokus terhadap rekaan visual Living Flow dan integrasi...

    Samsung pamer peralatan rumah berasaskan AI, termasuk penyaman udara baharu 2027

    Samsung Electronics mempamerkan rangkaian kelengkapan rumah dan penyelesaian perniagaan berasaskan AI menerusi acara The Brief 2026 di Hanoi, Vietnam. Antara produk yang...

    Apple umum HomeView, HomePod mini 2 dan Apple TV 4K baharu — Bermula RM649

    Apple rasmi memperkenalkan barisan peranti rumah pintar baharu yang merangkumi hub smart home Apple HomeView, pembesar suara HomePod mini 2 dan peranti...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...