More

    Spesifikasi OnePlus 11R tertiris, mungkin dilengkapi cipset Snapdragon 8+ Gen 1

    Telefon pintar andalan OnePlus 11 bakal dilancar pada 4 Januari 2023 dan ia dijangka bakal dilengkapi spesifikasi tercanggih termasuklah cipset Snapdragon 8 Gen 2 iaitu cipset telefon tercanggih oleh Qualcomm. Kini terdapat laporan mengatakan OnePlus mungkin akan melancarkan sebuah lagi telefon pada hari tersebut iaitu OnePlus 11R.

    Selain itu, spesifikasi awal untuk OnePlus 11R juga telah tertiris. Menurut pengkhabar berita teknologi Yogesh Brar, beliau telah berkongsi spesifikasi penuh telefon itu yang mungkin akan dilengkapi cipset Snapdragon 8+ Gen 1.

    Sungguh pun begitu, cipset ini mempunyai kelajuan clock yang direndahkan iaitu 3GHz berbanding kelajuan standard 3.2GHz. Masih tidak pasti mengapa OnePlus mengambil langkah sedemikian, ini mungkin bagi mengurangkan penjanaan haba daripada komponen dalaman telefon tersebut.

    Beberapa telefon lain turut dikuasakan oleh Snapdragon 8+ Gen 1 yang diperlahankan, seperti OPPO Reno9 Pro Plus, HONOR 80 Pro, HONOR 80 GT dan iQOO Neo 7 Racing Edition.

    Selain itu, OnePlus 11R juga mungkin dilengkapi skrin AMOLED 6.7 inci dengan resolusi 1240×2772, kadar segar semula 120Hz dan pengimbas cap jari bawah skrin, RAM 16GB, storan UFS 3.1 512GB, bateri 5,000mAh, pengecasan pantas 100W, pembesar suara stereo, pemancar infra-merah serta butang penggera (alert slider). Kameranya pula terdiri daripada tiga kamera 50MP+12MP+2MP serta kamera 16MP di hadapan.

    Setakat ini masih tiada maklumat rasmi daripada OnePlus mengenai OnePlus 11R. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Price Baba

     

    Artikel Terkini

    HONOR Watch 6 dilancar di Malaysia dengan GPS dwi jalur, NFC dan bateri 35...

    HONOR Malaysia secara rasmi melancarkan jam tangan pintar HONOR Watch 6 untuk pasaran tempatan dengan menawarkan bateri berkapasiti 980mAh yang mampu bertahan...

    CMF Clip Pro rasmi sebagai fon telinga “open-ear” pertama, sokong LDAC dan bateri 32.5...

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan CMF Clip Pro sebagai peranti fon telinga terbuka (open-ear) pertama dalam barisan produk mereka. Fon telinga ini menggunakan...

    Xbox Project Helix bakal sokong “game” lama menerusi sistem emulator rasmi

    Satu memo dalaman Microsoft yang ditiriskan mendedahkan bahawa mereka sedang membangunkan emulator rasmi untuk menyokong permainan rentas platform. Pembangunan ini bertujuan membolehkan...

    Amazon Prime Video jadi aplikasi strim pertama sokong HDR10+ ADVANCED

    Samsung Electronics mengumumkan bahawa Prime Video menjadi perkhidmatan penstriman pertama yang menawarkan standard paparan HDR10+ ADVANCED secara global bermula Ogos 2026. Ciri...

    Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia dengan SD 8 Elite, kamera Exmor RS...

    Sony Malaysia melancarkan peranti mercu terbaharunya iaitu Sony Xperia 1 VIII untuk pasaran tempatan yang menampilkan rekaan belakang bertekstur ORE baharu diinspirasikan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured