More

    Spesifikasi OnePlus Ace tertiris, mungkin pengganti kepada OPPO Reno Ace

    Menurut pengkhabar berita teknologi Digital Chat Station dan WHYLAB, OPPO bakal memperkenalkan sebuah telefon pintar kelas pertengahan baru bernama OnePlus Ace yang akan dikhaskan untuk pengecasan pantas dan prestasi gaming.

    Telefon ini mempunyai nombor model PGKM10 dan mungkin dilengkapi cipset Dimensity 8100, skrin AMOLED FullHD+ berukuran 6.7 inci dengan resolusi FullHD+, kamera utama 50MP dengan penstabilan imej optikal, bateri 4,500mAh dan pengecasan pantas 150W.

    Spesifikasi ini menunjukkan bahawa OnePlus Ace mungkin adalah realme GT Neo3 yang dijenamakan semula untuk OnePlus. Selain itu, OnePlus Ace juga mungkin adalah pengganti kepada OPPO Reno Ace yang diperkenalkan pada 2019 dan OPPO Reno Ace2 yang diperkenalkan pada 2020.

    Memandangkan OnePlus sudah pun diserap masuk ke dalam OPPO, mungkin kedua-dua jenama akan berkongsi telefon dengan nama model yang sama. Selain itu, realme, OPPO dan OnePlus juga adalah tiga jenama telefon pintar yang berada di bawah naungan BBK Electronics.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan OnePlus Ace dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured