More

    Spesifikasi OPPO A74 5G tertiris, dilengkapi skrin 90Hz, Snapdragon 480 berharga ~RM1,418

    Spesifikasi untuk OPPO A74 5G kini telah pun tertiris melalui maklumat yang diberikan oleh sebuah gedung dalam talian di Australia bernama JB Hi-Fi. Sebelum ini, maklumat OPPO A74 4G telah pun diketahui di mana ia mungkin dilengkapi cipset Snapdragon 633, RAM 6GB, tiga kamera dan skrin AMOLED FHD+ 6.43 inci.

    Kini maklumat untuk varian 5G dengan nombor model CPH2197 mengatakan OPPO telah menggantikan cipset Snapdragon 633 dengan cipset Snapdragon 480 5G, menurut penyenaraian Geekbench. Selain itu, JB Hi-Fi menyenaraikan bahawa varian 5G akan menggantikan skrin AMOLED dalam OPPO A74 5G dengan skrin LCD sahaja namun dengan kadar segar semula 90Hz.

    Rupa OPPO A74 5G
    Penyenaraian OPPO A74 5G dalam Geekbench

    OPPO A74 5G juga dilihat mungkin akan dilengkapi empat kamera iaitu satu kamera tambahan berbanding OPPO A74 5G, namun spesifikasi lensanya masih belum diketahui. Untuk pengimbas cap jari pula, OPPO A74 5G dilihat mempunyai pengimbas di bahagian sisi iaitu berlainan dengan OPPO A74 4G yang mempunyai pengimbas di dalam skrin.

    Selain daripada spesifikasi di atas, OPPO A74 4G dan OPPO A74 5G dijangka akan mempunyai ciri-ciri yang sama termasuklah RAM 6GB dan bicu audio 3.5mm. JB Hi-Fi akan menjual OPPO A74 5G pada harga AU$449 (~RM1,418).

    Penyenaraian OPPO A74 5G dalam JB Hi-Fi

    Kongsi pendapat anda tentang telefon ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: GSMArena

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...