More

    Spesifikasi OPPO Find X9 Pro didedahkan menjelang pelancaran 16 Oktober ini

    Selepas spesifikasi OPPO Find X9 tertiris beberapa hari lalu, kini terdapat khabar angin mendedahkan spesifikasi OPPO Find X9 Pro menjelang pelancarannya di China pada 16 Oktober. Peranti andalan ini bakal hadir dengan skrin OLED LTPO rata bersaiz 6.78 inci beresolusi 1.5K dan kadar segar semula 120Hz, lengkap dengan pengimbas cap jari ultrasonik dalam skrin.

    Ia akan dikuasakan cipset Dimensity 9500 serta dilengkapi bateri besar 7,500mAh yang menyokong pengecasan berwayar 80W dan wayarles 50W. Daripada segi kamera, Find X9 Pro dijangka menampilkan kamera swafoto 50MP dan sistem kuad kamera belakang terdiri daripada sensor utama Sony LYT-828 50MP, lensa Samsung JN5 50MP, kamera periskop Samsung HP5 200MP dan sensor multispektral 2MP.

    Peranti ini turut menyokong penukar-tele (teleconverter) Hasselblad untuk keupayaan zum lebih baik. Antara ciri lain termasuk penarafan ketahanan IP66/68/69, motor linear 0816, sistem Android 16 dengan ColorOS 16, serta konfigurasi RAM sehingga 16GB dengan storan 1TB. Ia dilaporkan bakal ditawarkan dalam pilihan warna putih, merah dan emas.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Gizmochina

     

    Artikel Terkini

    Harga langganan Disney+ dan Hulu meningkat sehingga 13 peratus

    Disney mengumumkan pelarasan harga baharu bagi perkhidmatan penstrimannya merangkumi Disney+ dan Hulu dalam pasaran Amerika Syarikat. Menerusi pelarasan harga baharu, yuran bulanan...

    Qualcomm perkenal Snapdragon Sound Elite Gen 2 dengan AI terbina dalam

    Qualcomm secara rasmi memperkenalkan Snapdragon Sound Elite Gen 2 dalam acara Snapdragon Summit. Platform audio gred premium ini dibangunkan khusus untuk menyokong...

    HONOR X9e Pro rasmi di Malaysia dengan bateri 11,000mAh dan penarafan IP69K, bermula RM1,899

    HONOR secara rasmi melancarkan HONOR X9e Pro untuk pasaran Malaysia yang turut diiringi pengenalan barisan produk AIoT baharu merangkumi siri HONOR Pad...

    Sonos bawa Beam Ultra, Ace Ultra dan Sonos 27 ke Malaysia, harga bermula RM4,199

    Sonos telah memperkenalkan tiga penawaran baharu di Malaysia iaitu soundbar Beam Ultra, fon telinga premium Sonos Ace Ultra dan sistem kendalian audio...

    Xiaomi kini bukan sekadar telefon, Mijia dan EV bakal kuasai ekosistem global

    Xiaomi mengumumkan perluasan strategi ekosistem pintar Human x Car x Home di pasaran antarabangsa sempena pameran IFA 2026 di Berlin. Langkah ini...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured