More

    Spesifikasi OPPO Find X9 Pro tertiris, mungkin dilengkapi Dimensity 9500

    OPPO Find X8 Pro telah diperkenalkan buat kali pertama pada bulan Oktober tahun lalu, jadi tidak lama lagi sehingga telefon andalan (flagship) seterusnya oleh OPPO, OPPO Find X9 Pro, akan dilancar dalam waktu yang serupa. Maklumat tentangnya sudah mula tertiris sejak Julai lalu, dan kini spesifikasi penuhnya pula telah tertiris.

    Menurut sumber, Find X9 Pro mungkin akan dilengkapi skrin OLED rata berukuran 6.78 inci dengan resolusi 1.5K dan kadar segar semula 120Hz. Cipsetnya pula menggunakan MediaTek Dimensity 9500, manakala memorinya terdiri daripada RAM sehingga 16GB dan storan dalaman sehingga 512GB.

    Memandangkan Find X8 Pro dilancar dengan cipset Dimensity 9400, logik untuk kita andaikan bahawa Find X9 Pro akan turut menggunakan cipset andalan MediaTek Dimensity yang terbaru iaitu Dimensity 9500.

    Rekaan OPPO Find X9 Pro yang tertiris

    Baterinya mempunyai kapasiti yang sangat besar iaitu 7,550mAh dan menyokong kadar pengecasan pantas 80W serta pengecasan wayarles 50W. Sistem operasinya pula menggunakan Android 16 dengan antara muka ColorOS 16.

    Untuk kamera, di belakang ia mempunyai kamera utama 50MP dengan sensor Sony LYT-828, kamera ultra-lebar 50MP dengan sensor Samsung JN5, kamera telefoto 200MP dengan sensor Samsung HP5 3X di belakang dan sensor warna/kelip 2MP (colour/flicker sensor). Di hadapan pula, terdapat kamera swafoto 50MP dengan sensor Samsung JN5.

    OPPO Find X9 Pro dijangka akan dilancar pada Oktober kelak dijual pada harga pasaran INR100,000 (~RM4,830) sewaktu pelancarannya, serupa dengan harga pelancaran Find X8 Pro di Malaysia iaitu RM4,999.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Smartprix

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured