More

    Spesifikasi OPPO Find X9 tertiris, dilengkapi bateri 7,025mAh, skrin OLED 1.5K

    OPPO sudah mengesahkan bahawa telefon pintar andalan seterusnya, OPPO Find X9, akan dilancar tidak lama lagi dan akan dilengkapi cipset MediaTek Dimensity 9500 yang menawarkan prestasi tercanggih untuk telefon Android pada 2026. Spesifikasi lainnya masih belum diketahui, namun ia kini telah pun tertiris dalam laman media sosial Weibo.

    Menurut pengkhabar berita teknologi Digital Chat Station, OPPO Find X9 dijangka akan dilengkapi skrin OLED berukuran 6.59 inci dengan resolusi 1.5K dan kadar segar semula 120Hz.

    Untuk kamera pula, ia dijangka akan mmempunyai kamera utama 50MP dengan sensor Sony LYT808, kamera telefoto periskop 50MP dengan sensor Sony LYT600 dan kamera ultra-lebar 50MP dengan sensor Samsung JN5. Di hadapan, ia mempunyai kamera swafoto 32MP. Semua kamera dalam telefon ini bakal dilengkapkan dengan talaan warna Hasselblad.

    Baterinya pula berkapasiti 7,025mAh serta menyokong pengecasan pantas 80W dan pengecasan wayarles 50W.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Weibo

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured