More

    Spesifikasi penuh LG Velvet diumumkan, dilengkapi Snapdragon 765 5G & kamera 48MP

    Telefon pintar kelas pertengahan yang baru oleh LG, LG Velvet, dijadualkan untuk dilancarkan pada 7 Mei. Walau bagaimanapun, spesifikasi penuh peranti itu sudah pun diumumkan.

    Menurut sumber, telefon itu akan dilengkapi cipset Snapdragon 765 5G, RAM 8GB, storan 128GB, bateri 4,300mAh skrin OLED berukuran 6.8 inci dan pembesar suara stereo. Jika 128GB tidak mencukupi, anda boleh memasukkan microSD dengan kapasiti sehingga 2TB.

    Daripada segi kamera pula, ia terdiri daripada tiga kamera yang terdiri daripada kamera utama 48MP, kamera ultra-lebar 8MP dan sensor kedalaman 5MP. Di bahagian hadapan pula adalah kamera selfie 16MP yang berada pada takuk (notch) berbentuk ‘U’.

    Rekaan LG Velvet ini agak menarik dan berlainan sedikit berbanding kebanyakan telefon terutamanya pada kamera di belakang yang tidak mempunyai bonggol (bump). Beritahu kami di Facebook jika telefon LG ini mendapat perhatian anda dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: ZDNet

     

    Artikel Terkini

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Anker perluas kehadiran di Malaysia dengan kedai ketiga dan pameran produk baharu

    Anker menganjurkan Anker Experience Week di Sunway Pyramid dari 13 hingga 18 Oktober 2026 bagi memperkenalkan hala tuju jenama “Ultimate, Unified” di...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...