More

    Spesifikasi penuh realme Flash tertiris dalam talian, dilengkapi dua kamera 50MP

    Pada acara pelancaran MagDart dua hari lalu, realme turut melancarkan realme Flash, telefon pintar Android pertama dunia yang menyokong pengecasan wayarles magnetik. Namun, di acara tersebut, realme hanya memberitahu sebilangan spesifikasinya sahaja. Kini, peranti tersebut telah muncul di dalam talian dengan spesifikasi penuhnya.

    Mengikut sumber, realme Flash akan dilengkapi skrin 6.7 inci E4 AMOLED beresolusi QHD+ dan menyokong kadar segar semula 1Hz sehingga 120Hz. Ia juga dikhabarkan akan menggunakan cipset Snapdragon 888 Plus bersama RAM LPDDR5 dan storan UFS 3.1.

    Untuk spesifikasi kamera pula, realme Flash dikatakan akan mempunyai dua kamera 50MP dengan sensor Sony IMX766, salah satunya hadir dengan penstabilan imej optik (OIS). Selain itu, ia juga mempunyai sebuah sensor kedalaman 2MP dan sensor IMX615 untuk kamera swafoto 32MP.

    Peranti ini juga dilengkapi bateri 4,500 mAh dan menyokong pengecasan pantas magnetik 15W dan 50W serta pengecasan pantas berwayar 65W. Ia juga hadir dengan NFC, rangka aluminium, pembesar suara stereo dan motor gegaran linear.

    Apa pun, spesifikasi yang muncul dalam talian ini bukanlah dari sumber yang rasmi. Ia mungkin tidak sama seperti model akhir peranti ini.

    Nantikan berita lanjut mengenai realme Flash di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber : Gizmochina

     

    Artikel Terkini

    Tukar MyKad baharu? MyDigital ID tak perlu daftar semula

    MyDigital ID mengumumkan bahawa pengenalan MyKad generasi baharu tidak akan menjejas fungsi atau penggunaan platform identiti digital berkenaan. Pengguna yang memiliki kad...

    Asyik lagu kanak-kanak dalam “Wrapped”? Spotify kini ada solusinya

    Spotify secara rasmi memperkenalkan fungsi suis tetapan (toggle) baharu yang membolehkan pengguna mengeluarkan kategori lagu kanak-kanak daripada menjejaskan cadangan muzik peribadi mereka....

    Internet terbuka jadi punca, Gemini AI ceroboh 3 syarikat sebenar

    Google mengesahkan model kecerdasan buatan Gemini menceroboh sistem keselamatan tiga syarikat luar ketika ujian keupayaan keselamatan siber dijalankan oleh firma pihak ketiga,...

    Samsung pindah pengeluaran DDR5 kepada pihak ketiga, utamakan pembungkusan HBM

    Samsung Electronics merancang untuk menyerahkan pengeluaran tambahan modul memori DDR5 dan SSD kepada syarikat pembungkusan dan ujian pihak ketiga (OSAT).

    Had subsidi elektrik naik daripada 600 kepada 800 kWj mulai September ini

    Kerajaan memutuskan untuk memperluaskan tahap perlindungan subsidi bil elektrik bagi pengguna domestik daripada 600 kWj kepada 800 kWj sebulan. Pelaksanaannya berkuat kuasa...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured