More

    Spesifikasi penuh Samsung Galaxy M32 tertiris, dilengkapi Helio G85 dan AMOLED 90Hz

    Telefon pintar kelas pertengahan Samsung Galaxy M32 bakal dilancar esok (21 Jun) dan beberapa spesifikasi utama telefon itu telah pun disahkan termasuklah skrin sAMOLED 6.4 inci 90Hz, kamera utama 64MP dan bateri 6,000mAh. Kini, spesifikasi penuh telefon tersebut telah pun tertiris dalam Twitter.

    Menurut pengkhabar berita teknologi @HeyItsYogesh , Galaxy M32 bakal dilengkapi cipset MediaTek Helio G85, RAM sehingga 6GB, storan dalaman sehingga 128GB, kamera 64MP + 8MP + 2MP + 2MP, kamera swafoto 20MP, pengecasan 15W dan badan yang dibuat daripada kaca Gorilla Glass 5.

    Daripada segi harga pula, ia mungkin akan dijual pada harga bermula INR15,000 (~RM840). Jika benar, ini adalah lebih mahal sedikit berbanding Samsung Galaxy M12 yang dijual pada harga RM599 di Malaysia.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan Galaxy M32 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...