More

    Spesifikasi penuh Samsung Galaxy S23+ didedah, mungkin dilengkapi cipset SD 8 Gen 2 dan skrin 120Hz

    Spesifikasi penuh telefon pintar Samsung Galaxy S23+ telah muncul di internet daripada sumber yang boleh dipercayai. Samsung dilaporkan sedang bersiap sedia untuk memperkenalkan siri Galaxy S23 pada Februari 2023. Bagaimanapun, tarikh pelancaran yang tepat masih belum diumumkan.

    Barisan Galaxy S23 dilaporkan akan terdiri daripada Galaxy S23, Galaxy S23+ dan Galaxy S23 Ultra. Menurut laporan baharu, Galaxy S23 atau Galaxy S23+ tidak akan menampilkan sistem penyejukan. Kini, spesifikasi lengkap telefon pintar Samsung Galaxy S23+ telah didedahkan.

    Sumber telah berkongsi spesifikasi Samsung Galaxy S23+ yang mengesahkan paparan AMOLED 6.6 inci akan menyokong resolusi FHD+ dengan kadar segar semula 120Hz. Ia mungkin akan menggunakan cipset Qualcomm Snapdragon 8 Gen 2. Sementara itu, Galaxy S23+ akan hadir dengan RAM 8GB dan menawarkan storan dalaman 128GB/256GB.

    Galaxy S23+ akan menampilkan kamera utama 50MP, ultralebar 12MP dan lensa telefoto 10MP di bahagian belakang. Bahagian hadapan terdapat kamera safoto 12MP. Menurut laporan, Galaxy S23 boleh merakam video 8K pada 30 FPS. Galaxy S23+ akan menjalankan One UI 5 berdasarkan Android 13.

    Selain itu, varian Ultra akan menggunakan bateri 4,700mAh yang menyokong pengecasan pantas 25W menurut laporan oleh PriceBaba. Ia juga akan menampilkan pengimbas cap jari bawah paparan. Ciri penting lain termasuk sambungan satelit, sokongan UWB, pengecasan wayarles dan pembesar suara stereo.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

    Sumber: Gizchina

     

    Artikel Terkini

    DJI Mic Mini 2S tiba di Malaysia dengan rakaman 32-Bit, pembatalan hingar AI dan...

    DJI melancarkan mikrofon wayarles kompak terbaharu iaitu DJI Mic Mini 2S untuk pasaran Malaysia. Ia direka khusus untuk pencipta kandungan, pengatur cara...

    RHB Pay dilancar — Terima kad, FPX dan DuitNow Pay dalam satu platform

    RHB Bank Berhad secara rasmi melancarkan RHB Pay yang merupakan gerbang pembayaran dalam talian bersatu pertama yang dibangunkan, dimiliki dan dikendalikan sepenuhnya...

    Google hentikan khidmat Google Assistant mulai 4 September ini

    Google mengumumkan penamatan perkhidmatan Google Assistant pada peranti mudah alih dan peranti boleh pakai bermula 4 September 2026. Mereka telah mula menghantar...

    HONOR Watch 6 dilancar di Malaysia dengan GPS dwi jalur, NFC dan bateri 35...

    HONOR Malaysia secara rasmi melancarkan jam tangan pintar HONOR Watch 6 untuk pasaran tempatan dengan menawarkan bateri berkapasiti 980mAh yang mampu bertahan...

    CMF Clip Pro rasmi sebagai fon telinga “open-ear” pertama, sokong LDAC dan bateri 32.5...

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan CMF Clip Pro sebagai peranti fon telinga terbuka (open-ear) pertama dalam barisan produk mereka. Fon telinga ini menggunakan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured