More

    Spesifikasi penuh vivo V40 Lite didedah, akan dilancar tidak lama lagi

    vivo V40 Lite adalah telefon pintar kelas pertengahan yang akan datang dan baru-baru ini telah dilihat dalam pensijilan Bluetooth SIG dan GCF. Penganalis terkenal, Sudhanshu Ambhore berkongsi butiran tambahan di 91Mobiles, mendedahkan spesifikasi penuh dan reka bentuk varian global ini yang mungkin disasarkan untuk pasaran Eropah.

    vivo V40 Lite menampilkan reka bentuk tepi melengkung, bezel nipis dan lubang tebuk di tengah pada skrin hadapan manakala pulau kamera bulat besar dan lampu LED Aura di bahagian belakang. Peranti ini akan tersedia dalam pilihan warna Putih dan Maroon.

    vivo V40 Lite dijangka mempunyai skrin AMOLED 6.78 inci dengan resolusi FHD+. Ia akan dikuasakan oleh cipset Snapdragon 6 Gen 1, dipadankan dengan RAM 8GB dan storan 256GB. Tetapan kamera termasuk kamera utama 50MP, lensa ultra-lebar 8MP dan sensor 2MP di belakang, manakala bahagian depan menampilkan kamera swafoto 32MP. Bingkai peranti ini kelihatan diperbuat daripada bahan plastik dan akan menempatkan butang audio dan kuasa di sisi kanan.

    Peranti ini dikuasakan oleh bateri 5,500mAh yang menyokong pengecasan pantas berwayar 44W. Ciri-ciri penting lain termasuk pengimbas cap jari bawah paparan, sokongan dwi SIM, ketahanan air dan debu IP64 serta sokongan pengembangan RAM maya 8GB. vivo V40 Lite akan menjalankan sistem operasi Android 14 dengan kulit khusus FunTouch OS.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Nothing Headphone (1) Pro diumum: Tiga pemandu audio, binaan premium dan bateri tahan 68...

    Nothing melancarkan fon telinga mercu over-ear terbaharu mereka, Nothing Headphone (1) Pro. Model baharu ini membawakan peningkatan daripada segi sistem audio, keupayaan...

    Siri HONOR Magic9 dilancar di China — Dua kamera 200MP ARRI dan bateri 11,000mAh

    HONOR melancarkan siri telefon pintar mercu terbaharu di China yang merangkumi tiga model iaitu HONOR Magic9, Magic9 Super Edition dan Magic9 Pro...

    BeONE Mobile lancar pelan prabayar 5G dikuasakan Maxis bermula RM25/bulan

    BeONE Mobile melancarkan perkhidmatan prabayar baharu di Malaysia sebagai pengendali rangkaian mudah alih maya (MVNO) yang beroperasi atas rangkaian Maxis. Sebelum ini...

    Tak nak beratur panjang untuk ambil ubat? KKM kini ada aplikasi baharu MyUBAT

    Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menawarkan aplikasi telefon pintar MyUBAT untuk memudahkan dan mempercepatkan urusan pendaftaran serta pengambilan bekalan ubat susulan pesakit dari...

    Adakah pencetak 3D berbaloi untuk dibeli pada tahun 2026?

    Pencetak 3D kini ditawarkan pada harga lebih terjangkau berbanding sedekad lalu dengan model paras asas dijual antara RM650 hingga RM1,500 manakala model...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured