More

    Spesifikasi penuh Xiaomi 12 tertiris dua hari sebelum pelancaran

    Siri telefon pintar andalan Xiaomi 12 bakal dilancar pada 28 Disember 2021 ini namun dua hari sebelum pelancarannya, spesifikasi penuh telefon itu telah pun tertiris.

    Menurut laman web XiaomiUI, telefon itu mungkin bakal dilengkapi cipset Snapdragon 8 Gen 1, storan dalaman UFS 3.1, varian memori 8GB+128GB, 8GB+256GB atau 12GB+256GB, bateri 4,500mAh, pengecasan pantas 67W dan pengecasan wayarles 30W. Untuk sistem operasinya pula, ia mempunyai MIUI 13 berdasarkan Android 12.

    Untuk fotografi pula, ia mungkin mempunyai tiga kamera di belakang iaitu kamera utama 50MP, kamera ultra-lebar 13MP dengan sudut penglihatan 123° dan kamera telefoto 32MP yang menyokong zum optikal 3x. Kamera hadapan pula adalah kamera swafoto 20MP.

    Setakat ini, Xiaomi telah pun mengesahkan bahawa Xiaomi 12 akan dilengkapi skrin AMOLED berukuran 6.28 inci dengan kadar segar semula 120Hz. Ia juga bakal menjadi telefon pertama yang dilengkapi sensor kamera Sony IMX707.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    HONOR Watch 6 dilancar di Malaysia dengan GPS dwi jalur, NFC dan bateri 35...

    HONOR Malaysia secara rasmi melancarkan jam tangan pintar HONOR Watch 6 untuk pasaran tempatan dengan menawarkan bateri berkapasiti 980mAh yang mampu bertahan...

    CMF Clip Pro rasmi sebagai fon telinga “open-ear” pertama, sokong LDAC dan bateri 32.5...

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan CMF Clip Pro sebagai peranti fon telinga terbuka (open-ear) pertama dalam barisan produk mereka. Fon telinga ini menggunakan...

    Xbox Project Helix bakal sokong “game” lama menerusi sistem emulator rasmi

    Satu memo dalaman Microsoft yang ditiriskan mendedahkan bahawa mereka sedang membangunkan emulator rasmi untuk menyokong permainan rentas platform. Pembangunan ini bertujuan membolehkan...

    Amazon Prime Video jadi aplikasi strim pertama sokong HDR10+ ADVANCED

    Samsung Electronics mengumumkan bahawa Prime Video menjadi perkhidmatan penstriman pertama yang menawarkan standard paparan HDR10+ ADVANCED secara global bermula Ogos 2026. Ciri...

    Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia dengan SD 8 Elite, kamera Exmor RS...

    Sony Malaysia melancarkan peranti mercu terbaharunya iaitu Sony Xperia 1 VIII untuk pasaran tempatan yang menampilkan rekaan belakang bertekstur ORE baharu diinspirasikan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured